Thursday 22 January 2015

Kisah Wong Ah Pong & Makcik Iban...Apoo, kau mulalah makan pasir sekarang!

Khamis, 22 Januari 2015

Yang buat kotor mungkin lembu milik orang Melayu yang beragama Islam, yang membersihkannya orang Cina yang bukan beragama Islam. Semoga Wong Ah Pong mendapat petunjuk dan hidayah dari ALLAH

Malu saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam

Jika anda melalui jalan di Kampung Juasseh Tengah pada pagi hari, mungkin anda akan terpandang seorang wanita warga emas sedang membersihkan jalan raya yang dipenuhi dengan najis lembu.

Itulah Wong Ah Pong, 82, yang menetap di kampung berkenaan sejak 60 tahun lalu, selepas mengikuti suaminya berhijrah dari Seri Menanti untuk bekerja sebagai penoreh getah di sebuah estet.

Tanpa sebarang bayaran atau dipaksa sesiapa, Ah Pong menjadikan rutin paginya seawal jam 7 mengutip najis-najis lembu yang bertaburan sepanjang kira-kira 100 meter di kampung berkenaan.
Lebih mengharukan, kerja berkenaan sudah dilakukannya sejak 30 tahun lalu...




"Kisah Makcik Iban Dan 
Penjual Vacuum"

Suatu petang seorang lelaki jurujual vacuum cleaner datang ke sebuah rumah yang baru siap di salah satu kawasan pendalaman di Miri, Sarawak.

Jurujual: Selamat petang mak cik.. Boleh saya perkenalkan model baru vacuum cleaner kami, Umnoc.. Bagus bah ini jenama. Semuanya boleh di sedut.

Mak cik: Lain kali sajalah, saya tengah sibuk inih..

Jurujual: 5 minit saja bah

Mak cik: 5 minit saja ya.. ! Masuklah, tapi saya pun mau cepat nih mau ka mesyuarat BN
(Lalu jurujual itu pun masuk rumah. Tanpa buang masa dia lepaskan dua genggam pasir ke atas lantai.)

Jurujual: Mak cik!! Saya akan makan pasir ini kalau vacuum cleaner saya ini tidak dapat bersihkan kesemuanya.

Mak cik: Bah, kau mulalah makan sekarang inih pasir sebab kami punya letrik belum di sambung lagi..
Bersambung....


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena