Friday 7 June 2013

'Kes orang gigit anjing' - Hanipa Maidin

Sabtu, 8 Jun 2013
Dah jenuh dengar dia bohong, bukan berita lagi
KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam yang menyebabkan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dilihat berbohong bukanlah satu berita, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.
“Ia seperti kes anjing gigit orang. Anjing gigit orang bukan lagi satu berita. Selalu sangat kita dengar. Tetapi kalau kes orang gigit anjing, itu baru berita.

“Samalah juga apabila Ahmad Maslan dilihat berbohong. Ia bukan lagi satu berita. Sudah jenuh kita dengar,” kata Ahli Parlimen Sepang itu.

Hanipa mengulas kenyataan Menteri Kesihatan bahawa kementeriannya  tidak pernah tahu tentang pengurangan peratusan silver nitrate dalam dakwat kekal SPR untuk mengurangkan risiko terkena kanser.
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena