Saturday, 27 July 2013

DS Najib tengok ni! - Bonus Raya RM600 Untuk Pemandu Teksi Dari Kerajaan PR P.Pinang, Lebih Dari Bantuan Khas Penjawat Awam...

Sabtu, 27 Julai 2013
"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," 
Foto

GEORGETOWN - Seramai 2,373 pemandu teksi dan kereta sewa mendapat insentif RM600 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang, hari ini.
Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pemberian insentif itu terkandung dalam manifesto PR pada PRU13 selain menghargai peranan mereka sebagai barisan hadapan di negeri ini.

Menurutnya, pembayaran insentif itu dilakukan dua kali iaitu RM300 untuk bayaran setengah tahun yang pertama dan selebihnya pada Januari depan.“Baki RM300 hanya akan dibayar jika mereka terus memberi perkhidmatan terbaik.
Foto
"Jika ada aduan mengenai salah laku mana-mana pemandu teksi, kerajaan negeri tidak teragak-agak menarik balik baki insentif itu," katanya pada majlis penyerahan insentif kepada pemandu teksi dan kereta sewa di daerah Timur Laut, di sini, hari ini.

Bagi daerah Timur Laut, seramai 843 pemandu teksi dan kereta sewa layak menerima insentif berkenaan.

Guan Eng berharap sumbangan itu mampu meringankan beban terutama kepada mereka yang bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. ~sinar harian/Kedahkini



Bonus Raya 2013: Saguhati RM500 & RM250 Untuk Penjawat & Kakitangan Awam
bonus raya penjawat awam kerajaan
Foto kredit Beritaterkini.My
Bonus raya 2013 : Jikalau ditanya pihak yang bersungguh membela nasib & membawa tuntutan 1.4 juta penjawat awam iaitu Cuepacs Malaysia, tidak angka yang cukup untuk mereka selagi bonus setengah bulan tidak ditunaikan. Tetapi, seperti asam garam membuat tuntutan kepada pihak kerajaan, akan ada ditolak daripada jumlah yang sebenar. Minta lebih dapat kurang. Minta kurang? Dapat......!
articles by mahadzira.
TAK LUAK PUN DUIT RECYCLE BANK NEGARA DAPAT KERAJAAN SEMULA DARI RECYCLE KEPADA SAHABAT PEMIMPIN SAHAJA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena