Muslim beauties upset fatwa disqualified them from Miss Malaysia
3 PESERTA RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORLD 2013 BERAGAMA ISLAM MEMOHON MAAF
Tiga daripada empat peserta akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang disifatkan menghina Islam telah membuat permohonan maaf.Salah seorang peserta, Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, berkata dia telah membuat permohonan maaf secara formal kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Sara Amelia
“Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam dan agama saya sendiri,” katanya pada Rabu.Seorang lagi perserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut memohon maaf.
Wafa Johanna
"Saya tidak sama sekali ingin menentang fatwa. Saya menghormati fatwa yang diwartakan itu untuk melindungi umat Islam di Malaysia."Jika ada mana-mana pihak tersinggung, saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya tidak berniat untuk menghina sesiapa," katanya.
Terdahulu, Jawi dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap empat peserta akhir yang bertanding merebut gelaran Miss Malaysia World 2013 kerana mereka disifatkan menghina Islam.
Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, bahagian penguatkuasa Jawi akan meneliti perkara itu selepas peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.
Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Feb 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.
Sementara itu, Miera Sheikh, 19, enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Jawi.
Miera
Bagaimanapun, dia menghormati budaya masyarakat Melayu dan berkata dia berpegang teguh kepada agama Islam."Saya mungkin bukan orang Islam yang sempurna tetapi saya dibesarkan dengan budaya Melayu dan Islam walaupun saya bersikap terbuka mengenai beberapa perkara dalam hidup.
"Bagi saya, agama Islam tidak akan pudar dalam hidup saya sehingga nafas yang terakhir," katanya.
Peserta keempat, Kathrina Ridzuan, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.
Kathrina
Penganjur pertandingan itu, Datuk Anna Lim berkata keempat-empat peserta itu akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu sebagai tetamu jemputan.* Sumber mStar Online
FB Miss Malaysia Pageant
They competed in different competition but they have to wear the same category of attire (swimsuit) for their respective competition. They have the same aim - they want to represent their beloved country, Malaysia and do the best and make their nation proud.
Athletes : Katrina Ann Abdul Hadi (2011) & Nurul Fatiha Abd Hamid (2005)
Beauty Queens : Fahyu, Noni (1997), Kathrina, Miera. Wafa & Sara (2013)
But at the end, they received different "awards/recognition" from their own people. What is your opinion? I do believe you are very smart to get what I want to interpret through this photo.
0 comments:
Post a Comment