Saturday, 27 July 2013

NGO India (Perinbam) bertengkar dengan Perkasa selepas pelancaran MIRAC... Aik Kecoh Jugak!!

Ahad, 28 Julai 2013
Pendirian Zulkifli Noordin buat NGO India berang selepas sidang media bersama Perkasa
NGO India bertengkar dengan Perkasa selepas pelancaran MIRAC. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Julai, 2013.

Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam) berang dengan kenyataan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin melibatkan isu makan di bilik persalinan, hingga menyebabkan berlaku salah faham kecil sebaik sidang media bersama hari ini.

Zulkifli dalam sidang media mengumumkan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (MIRAC) menyatakan secara terbuka menyokong guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Mohamed Nasir Mohd Nor.

"Perkasa mengecam tindakan pihak yang mempolitikkan isu makan di bilik persalinan Seri Pistana.

"Ya, Perkasa akan beri sokongan kepada guru besar tersebut," kata Zulkifli apabila ditanya tentang pendirian Perkasa tentang pertikaian tersebut.

Kenyataan tersebut menyebabkan pengikut Perinnbam dan presidennya, U Thamotharan tidak berpuas hati dan enggan menyertai majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Perkasa sempena pengumuman penubuhan MIRAC hari ini.

Ekoran perselisihan faham tersebut, presidennya, Datuk Ibrahim Ali memujuk Thamotharan untuk masuk semula dan makan bersama.
Zulkifli
Kontroversi melibatkan SK Seri Pristana di Sungai Buloh bermula setelah seorang ibu menyiarkan gambar kes murid makan di bilik persalinan di dalam Facebook, ibu yang terdesak itu berkata, beliau mengambil langkah itu sebagai jalan terakhir kerana pentadbiran sekolah gagal bertindak terhadap pertanyaannya.
Susulan itu, guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh, Mohamad Nasir Mohd Noor diarahkan untuk bercuti selama seminggu oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan keputusan akan diambil selepas itu.

Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana membuka semula kantinnya. OLEH MD IZWAN/The Malaysian Insider
Perkasa-Mirac, satu lagi muslihat politik perkauman...

KUALA LUMPUR: Penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) adalah satu lagi usaha untuk memperbodohkan rakyat dengan strategi halus untuk mencapai agenda politik perkauman yang sudah sebati dengan Perkasa.

“Adalah sungguh memalukan apabila terdapat juga NGO-NGO yang sanggup menggadai maruah mahu menjalin hubungan dengan Perkasa ini,” ujar Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar. 
Katanya dalam satu kenyataan, mereka telah melupakan segala kerja-kerja kotor Perkasa dengan menghina dan memalukan kaum-kaum yang lain selama ini. 

Beliau berkata, Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang dikenali oleh semua rakyat Malaysia sebagai satu kumpulan ekstrimis dan menjadi alat Umno untuk permainan perkauman yang kotor. 

Katanya, banyak isu kontroversial telah ditimbulkan oleh Perkasa yang telah menggugat perpaduan kaum di negara ini. 
“Kumpulan ini sengaja menimbulkan perasaan marah dan salah faham di antara kaum supaya Umno mendapat memperolehi manfaat daripada isu tersebut,” ujarnya.

Menurutnya lagi, pemimpin-pemimpin utama Perkasa seperti Ibrahim Ali dan Zulkifli Noordin adalah watak-watak pelampau yang sentiasa menyuntik racun perkauman di dalam minda rakyat Malaysia. 

Mereka, ujarnya tidak pernah memikirkan atau mempunyai agenda perpaduan dan persefahaman antara kaum di negara kita. 
Timbalan Pengerusi DAP Perak itu menambah, segala gelagat atau tingkah laku mereka itu adalah bertujuan menghancurkan perpaduan rakyat untuk kepentingan politik Umno.

Katanya, kenyataan-kenyataan Zulkifli Noordin yang menghina orang-orang India dan agama Hindu masih lagi dalam ingatan rakyat Malaysia. 

Tambahnya, pendirian Perkasa yang mahu mengekalkan novel Interlok yang menghina kaum India dan Cina juga tidak dilupakan lagi. 
Tambahan pula, ujar beliau Perkasa juga membela akhbar Utusan Melayu yang terang-terang mengkritik kaum Cina dengan ungkapan 'Apa lagi Cina mahu' sebaik sahaja selepas PRU13.

Tiba-tiba, kata Sivakumar Perkasa mahu mengubah watak antagonisnya dengan mendapatkan sokongan bukan Melayu. 

“Pelik dengan strategi Perkasa yang kini mahu mengadakan hubungan baik dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Melayu semata-mata untuk membuktikan bahawa ia bukanlah satu organisasi rasis,” katanya.

Perkasa-Mirac, satu lagi muslihat politik perkauman.HDaily

Ibrahim Ali tunjuk bodoh, bagi Angpow putih tanda kematian di Tahun Baru Cina

Inilah yang berlaku apabila seorang yang terkenal dengan sikap racistnya berpura-pura menerima baik golongan yang di bencinya selama ini…

Ibrahim Ali cuba untuk membuktikan kepada Masyarakat Tionghua bahawa beliau dan pertubuhannya iaitu PERKASA bukanlah sebuah pertubuhan yang racist.. oleh itu mereka telah mengadakan satu jamuan sempenan menyambut Gong Xi Fa Cai buat Masyarakat Tionghua.

Malangnya dengan sifat racist yang menebal dalam diri mereka, mereka jelas tidak ambil tahu sama sekali pantang larang Masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu..

Jika diperhatikan betul-betul pada gambar di atas, envelope atau sampul 'ang pow' yang dihulurkan oleh Ibrahim Ali kepada masyarakat Tiong Hua yang hadir dalam jamuan sempena sambutan Gong Xi Fa Cai oleh PERKASA ianya adalah berwarna putih.

Samada Ibrahim Ali sedar atau tidak atau mungkin juga sengaja dilakukan Ibrahim Ali ianya adalah satu perbuatan biadap atau kurang ajar bagi masyarakat Tionghua.

Ini kerana angpow putih ditakrifkan sebagai PAK KAM atau funeral payment oleh masyarakat Tionghua dan adalah pantang bagi mereka untuk menerima pemberian sebegitu di hari perayaan mereka.. - Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena