Dikehendaki Polis! "four-eyed guy"
Sei Ngan Chai
Polis cari suspek kes bunuh pengasas AmBank
Polis hari ini mendedahkan gambar dari rakaman litar tertutup yang menunjukkan seorang suspek dalam kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi pada hari Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa individu yang digelar 'Sen Ngan Chai' (Budak Mata Empat) atau 'Jian' itu merupakan suspek utama kejadian tersebut.
“Polis Kuala Lumpur ingin meminta orang ramai yang mengenali dan mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek berkenaan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK KL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL(Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.”
Sementara itu laporan The Star Online pula menyebut, polis telah menahan seorang individu dipercayai sebagai pemandu kenderaan yang digunakan untuk suspek melarikan diri.
Laporan itu memetik kenyataan ketua CID Kuala Lumpur ACP Datuk Ku Chin Wah yang berkata individu berusia 44 tahun itu ditahan di Sri Petaling pada kira-kira jam 9 malam.
“Siasatan awal menunjukkan bahawa pemandu itu menghantar suspek di Jalan Yap Ah Loy selepas menjemput beliau berhampiran satu kuil.
"Beliau mendakwa suspek merupakan penumpang tetapnnya," kata Ku.
Dalam kejadian kelmarin, Hussain, 75, ditembak mati manakala Chong, 49, cedera ditembak dari jarak dekat di tempat letak kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang.
Hussain terkena dua das tembakan di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya cedera di pergelangan tangan kiri serta paha kanan.Mk.
Police release photograph of suspect in Najadi's murder
BY FARIK ZOLKEPLI
Photos of Sei Ngan Chai
KUALA LUMPUR: City police have identified the main suspect behind the brutal murder of banker Hussain Ahmad Najadi.
Kuala Lumpur CID chief Senior Asst Comm Datuk Ku Chin Wah said the man, known as Sei Ngan Chai (which in Cantonese means "four-eyed guy") was still believed to be in the city.
Ku also said the police had released a CCTV photo of suspect.
Police also arrested a 44-year-old taxi driver, who allegedly drove the getaway vehicle for the shooter.
It was reported yesterday that the police managed to get a photograph of the suspect from a CCTV footage from a camera near the Lorong Ceylon Kuan Yin Temple.
On Monday afternoon, Najadi was walking to his car with his wife along Jalan Ceylon in the heart of the city after negotiating a land deal at the temple.
A man came up behind him and opened fire, hitting him in the chest and lower abdomen. The man fled in a waiting taxi.
Najadi died on the spot while his 49-year-old Malaysian wife Cheong Mei Kuen was wounded in the arm.
The Star Online.
PETALING JAYA: Sebuah video yang diambil beberapa minit selepas pakar kewangan Hussain Ahmad Najadi ditembak mati telah dimuat naik di Facebook – suatu perbuatan yang telah menimbulkan rasa tidak senang oleh beberapa pengguna laman rangkaian sosial ini.
Beberapa orang berpendapat tindakan memuat naik itu sebagai tidak menghormati mangsa dan keluarganya manakala terdapat juga yang meminta ia dikeluarkan lapor Mstar.
Cindy Antoinette Fernandez mengulas mengenai video itu, berkata bahawa video itu “sangat tidak menghormati mangsa dan keluarga”.
Sun Line menulis: “Tidak ada sebab untuk memuat naik, atau untuk berkongsi. Mereka yang melakukan ini perlu lebih peka terhadap perkara-perkara seperti kesedihan peribadi pada masa depan.”
“Video ini tidak boleh dimuat naik pertama sekali kerana ia adalah sensitif untuk berbuat demikian,” kata Desmond Yap Weei Kee.
Mohd Hilmi Hassan menulis: “Tolong padam video ni.”
Video 30 saat itu menunjukkan Najadi di tempat letak kereta dalam keadaan berlumuran darah.
Terdapat juga seorang wanita, dipercayai isterinya berusia 49 tahun memangku kepalanya di pangkuannya sambil duduk di atas tanah.
Wanita itu kelihatan mempunyai luka pada lengannya, sesuai dengan kenyataan polis bahawa isteri Najadi telah ditembak di tangan kiri dan paha kanan.
Najadi telah ditembak pada jarak dekat dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Video ini juga menunjukkan seorang wanita yang tidak dikenali memeriksa nadi dan menenangkan wanita itu yang dalam kebingungan, manakala yang lain hanya memerhati.
Pengguna lain, Woei Hern memuji tindakan wanita yang tidak dikenali itu.
Posted July 31, 2013 by Mahadzira in Berita Terkini
Pengguna Marah Video Hussain Najadi Ditembak Dimuat Naik Di Facebook

Manjung Mari
0 comments:
Post a Comment