Ketua Syiah Malaysia dakwa ahli Syiah cecah 300 ribu orang...
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.
“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.
“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.
Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.
“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.
“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Media baru-baru ini melaporkan Kerajaan Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.
Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, fatwa anti-Syiah yang bakal digazetkan di Kedah akan dikenakan terhadap mereka yang cuba mengembangkan fahaman tersebut di negeri itu.
Cadangan tersebut turut disambut baik beberapa mufti yang menyifatkan fatwa anti-Syiah perlu diwartakan segera.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berkata, ini berikutan ajaran itu didapati sudah mula merebak dalam kalangan masyarakat.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, Selangor sudah lama mewartakan fatwa anti-Syiah dan berharap dapat dilaksanakan di negeri lain.
Anggota kumpulan Syiah ini pernah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Disember 2011 kerana didakwa menyebarkan ajaran Syiah.
Dalam serbuan tersebut, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Manakala pada 26 Ogos 2011, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) merampas kira-kira 200 naskhah buku yang mengandungi dua tajuk berlainan berkaitan fahaman Syiah dan mengenai pengaruh ajaran itu, dalam satu serbuan di Masjid Paya Redan, Melaka.
Sinar
Bagaimana Mengenali Syiah
Jom Kenal Islam
Assalamuallaikum WBT,Bersyukur kepada YANG MAHA ESA kerana hari ini kita masih dikekalkan di dalam nikmat ISLAM,nikmat IMAN dan nikmat-nikmat yang lain sehingga tidak terhitung banyaknya.
Kali ini saya ingin mengingatkan diri saya dan tuan/puan agar bersama-sama terus berpegang kepada Ahli Sunnah Waljamaah yang membawa ajaran Islam yang sebenar.Ada golongan atau puak yang menolak Ahli Sunnah Waljamaah dengan menyatakan ajaran mereka salah dan sebagainya,serta mengutuk para sahabat baginda SAW seperti Saidina Umar dan Abu Bakar As-Siddiq.Antaranya adalah golongan yang kita gelar syiah.
Bagaimana mengenali Syiah :
Cara solatnya berbeza :
-diletakkan sejenis batu dihadapan (berbentuk seperti buah carrom) dan sujud di atasnya.
-bacaan di dalam solat ada menghina para sahabat RASULULLAH SAW.
Laungan azan ditambah dengan pujian ke atas Saidina Ali.
Rukun Islamnya tidak dimulakan dengan kalimah syahadah.
Mengatakan Jibril tersalah memberi wahyu kepada baginda SAW dan sepatutnya diturunkan kepada Saidina Ali.
Di dalam rumahnya terdapat gambar 12 orang imam bagi mereka dan apabila kita tengok ia kelihatan seperti bukan agama ISLAM,diletakkan lilin dan sebagainya.
Menghalalkan nikah mut'ah.
Serta pelbagai lagi cara untuk mengenali puak ini tuan/puan sekalian.
Rumusan :
Rasulullah SAW ialah penutup semua para nabi dan rasul.
Berpeganglah kepada ajaran ISLAM yang sebenar berdasarkan Al-Quran dan Hadis baginda SAW.
Malaikat tidak pernah cuai dalam melakukan tugas yang telah diperintahkan oleh ALLAH SWT.
Islam tidak pernah mengajar untuk mencederakan diri sendiri melalui amalan atau ritual tertentu.
Semua yang lemah datangnya daripada saya sendiri.Jika ada penulisan yang silap harap dapat ditegur.Semoga ALLAH terus meningkatkan ilmu di dalam dada kita semua.Wallahualam.
Assalamuallaikum WBT.
- See more at: http://www.jomkenalislam.my/
0 comments:
Post a Comment