Friday, 15 November 2013

(Video) Ahli parlimen BN berbalas-balas koyak usul...Kecoh! & Masuk Kubur Baru Tau!

Sabtu, 16 November 2013
Photo
Dewan kecoh: Ahli parlimen berbalas-balas koyak usul...
Published on Nov 14, 2013
Video ahli parlimen Pakatan mengoyak usul: http://www.kinitv.com/video/2538O8

Ahli parlimen Pakatan hari ini gagal meluluskan usul yang mencadangkan elaun untuk penasihat khas PM dipotong. Sebaliknya kekecohan timbul dan wakil rakyat BN bertindak mengoyakkan usul yang dibawa itu dengan mendakwa ia usul yang haram.

Dewan semakin gamat dengan Bung Moktar Radin (BN - Kinabatangan) terus menjerit "tipu, tipu, tipu" tanpa henti. Ini disusuli dengan ahli parlimen dari kedua-dua pihak saling mengoyakkan kertas usul.
Photo: Kena troll sakan Ahli Parlimen Kinabatangan tahun ini.... hari tu dah kena pasal kenaikan harga minyak....
Dewan Rakyat kecoh ketika usul gantung Surendran dibaca

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan kertas usul menggantung N Surendran sebagai roket.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menjadikan kertas usul menggantung N Surendran sebagai roket

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika usul menggantung Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran dari PKR dibacakan.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) bangun membantah bacaan usul berkenaan yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nancy Shukri dengan menjerit  "tarik balik" berulang kali.

Antara yang bangun membantah ialah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, dan ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Azmin turut dilihat merenyukkan kertas usul berkenaan sambil menunjukkannya kepada Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

"Usul haram ... tarik balik!" jerit ahli Parlimen PR semasa usul berkenaan dibacakan, sambil menepuk meja.  - 14 November, 2013.TMI

Giliran ahli Parlimen BN koyak kertas usul
Sesi petang sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini memperlihatkan giliran ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pula mengoyak kertas usul yang dibawa ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.

Ahli Parlimen BN membantah usul berkenaan selepas berlaku kesilapan fakta dalam usul berkaitan potongan gaji lima penasihat di bawah Jabatan Perdana Menteri dan mengoyakkan kertas berwarna merah jambu berkenaan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) bangun memperbetulkan fakta Fuziah sekaligus mengusulkan ahli Parlimen BN yang lain berdiri dan menolak usul berkenaan.

Fuziah dalam usul yang dibawanya mengandungi kesilapan dari segi jawatan dan juga angka elaun yang diperoleh penasihat terbabit.

Majoriti ahli Parlimen BN bangun dan menjerit "usul haram" beramai-ramai dan kemudiannya menyaksikan usul berkenaan ditolak untuk dibahaskan.

Fuziah dalam usulnya berkata Hasbi Habibollah adalah Penasihat Pembangunan Sarawak, sedangkan jawatan sebenar beliau adalah Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dengan elaun hanya RM1,900.

Ahli Parlimen PR awal pagi tadi turut mengoyakkan kertas usul berhubung penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana menghina Dewan dan Speaker.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim dalam jawapan balas berkata, usul berkenaan tidak boleh diteruskan kerana fakta yang diberikan Fuziah tidak tepat.

“Usul ini nak diundi atas angka yang mana? Jumlahnya berapa? Itu saya tak sebut lagi usul yang dibawa mengatakan Johari Baharom menerima hanya RM21,500 bukan RM27,000. Ia jumlah yang berbeza.

"Saya nak beritahu bahawa usul ini seperti Beruas sebut tak boleh kita main andai, bukan jawab lisan, bukan soal perbahasan peringkat jawatankuasa nak beri jawapan. Ini membahaskan usul Majlis Mesyuarat yang sangat tertentu maknanya kita tak boleh nak setuju," katanya.

Selain Hasbi, Razali turut menjelaskan jawatan sebenar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil adalah Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita bukannya penasihat hal ehwal wanita, jawatan sebenar Datuk Seri Noh Omar adalah Majlis Tindakan Persekutuan.

Fuziah juga jelasnya menunjukkan kesilapan apabila menyebut dari segi jumlah elaun Hasbi hanya menerima RM1, 900 bukan RM27,227.70, Datuk Johari Baharom menerima RM21,500 bukan RM27,227.70.

“Berdasarkan kesilapan ini, pada saya usul ini perlu ditolak,” katanya. – 14 November, 2013.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena