Thursday 26 June 2014

Bonus Aidilfitri...Penjawat Awam tertipu lagi...Cuepacs kesal!

Khamis, 26 Jun 2014
[Sinar Harian] KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan berhubung pemberian bonus kepada penjawat awam sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

Presidennya, Azih Muda berkata, mesej palsu tersebut yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp sejak semalam tiada kena mengena dengan Cuepacs dan pihaknya tidak pernah menerima berita seumpama itu setakat ini.

Justeru, beliau meminta pihak berkuasa menyiasat mengenai penyebaran maklumat berunsur fitnah seperti itu kerana ia menjejaskan imej penjawat awam.

“Cuepacs berasa kesal kerana ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama Setiausaha Agung Cuepacs yang menyatakan kononnya Kabinet buat keputusan beri sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadan dan Syawal.

“Kita harap pihak berkuasa menyiasat perkara ini kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan awam dan meletakkan integriti penjawat awam semakin rendah di mata masyarakat.

“Sesuatu perlu dibuat untuk kenal pasti punca sebenar kenapa perkara ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tri Tahunan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE) di sini, semalam.

Beliau berkata, mesej tersebut dipercayai direka untuk mempermainkan pembaca dan sekiranya mereka membuka ‘link url’ yang disertakan, mereka akan mendapati bahawa mesej tersebut adalah palsu semata-mata.

Dalam perkembangan lain, Cuepacs menggesa kerajaan supaya memberi pertimbangan khusus dalam memberi sagu hati kepada penjawat awam sempena Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

Katanya, penjawat awam berasa tertekan dengan sara hidup pada zaman sekarang dan dengan sedikit suntikan daripada kerajaan, ia sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kewangan mereka.

“Perkara ini (pemberian sagu hati sempena Ramadhan dan Syawal) sememangnya menjadi harapan penjawat awam kerana ada di kalangan mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyambut Syawal.

“Pemberian sagu hati tersebut pastinya akan menggembirakan penjawat awam terutamanya ketika mereka sedang sibuk mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya. -26/6/14

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena