Friday 13 June 2014

Hudud: Nik Aziz tegur Dyana... Bekas calon DAP PRK TK Intan hargai semangat Muslimat PAS bantu kempen

Sabtu, 14 Jun 2014

Hudud: Nik Aziz tegur Dyana




KOTA BHARU – Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, antara perkara dijelaskannya semasa pertemuan dengan Dyana Sofya Mohd Daud semalam adalah kesilapan calon DAP itu menyatakan pendiriannya mengenai hudud ketika kempen PRK Teluk Intan baru-baru ini.

Menurutnya, Dyana sepatutnya ambil langkah lebih berstrategi atau hanya berdiam diri daripada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu yang boleh dijadikan bahan polemik.

“Dyana salah dari segi tekniknya. Di peringkat awal kenyataan dia terus sebut tolak hudud.

Dari segi teknik tidak betul. Kalau buat senyap atau sebut akhir-akhir, apa salahnya,” katanya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, hari ini.

Beliau mengulas pertemuannya dengan Dyana yang mengiringi Penasihat DAP, Lim Kit Siang hadir di pejabatnya semalam, bagi memperjelaskan beberapa isu dibangkitkan pada PRK Teluk Intan dua minggu lalu.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata, kenyataan Dyana mengenai hudud telah dimanipulasikan sehingga calon DAP itu dilihat seolah-olah menentang hudud.

“(Yang Dipertua Pas Kawasan Kota Bharu) Datuk Wan Abdul Rahim (Wan Abdullah) cuma cakap sebagai orang Islam dia tidak boleh tolak hudud tapi parti tolak hudud, maka dia terimalah, cuma wartawan sahaja yang tidak menekankan apa yang disebut, sedangkan saksi (Wan Abdul Rahim) ada," katanya.
BLM.

Dyana hargai semangat Muslimat PAS bantu kempen

SALMAH MAT HUSAIN 

KOTA BHARU:  Bekas calon DAP pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud  mengucapkan terima kasih kepada aktivis Muslimat PAS seluruh negara kerana telah membantu kempen pilihan raya beliau.

Menurut Dyana, Muslimat PAS dan Wanita PKR  khususnya dari Kelantan telah bersungguh-sungguh berkempen untuk membantu beliau yang mewakili Pakatan Rakyat.

Berucap pada majlis ramah mesra bersama Muslimat PAS Kelantan, Rabu lalu, Dyana berkata  walaupun tewas di Teluk Intan, usaha bersungguh-sungguh yang ditunjukkan Muslimat PAS dan wanita Pakatan Rakyat membuatkan beliau begitu terharu.

"Semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat yang ditunjukkan Muslimat PAS membuatkan saya kuat.

"Kesepakatan kita ketika berkempen baru-baru ini membuktikan perpaduan kita dalam Pakatan Rakyat benar-benar utuh," ujarnya.

Turut hadir pada majlis itu anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Mumtaz Md Nawi, Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim dan para pemimpin Muslimat PAS negeri.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena