Tuesday, 24 June 2014

Melaka MASAM?...Air tanpa rasa tiruan!



Selasa, 24 Jun 2014

Perkhabaran dari warga Merlimau, Melaka...
Kualiti Air di Merlimau jam 9.30 pagi tadi.
Komen anda?


EDISI NEGERI DI TADBIR UMNO HEBAT SAMPAIKAN AIR PAIP DI MELAKA RASA MASAM

Sebelum ini Idris Haron di hari pertama beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka telah mengeluarkan suatu idea yang cukup "hebat" dan "berhantu" iaitu mau masakan asam pedas di patenkan dan jika sesiapa nak resepinya kena bayar royalti ....

Nampaknya air di Melaka pun sudah patut kena paten sebab mengeluarkan rasa asam yang asli tanpa ada bubuh rasa tiruan..

Lepas ini masakan asam pedas Melaka akan menjadi lebih "hebat" dan "enak" sebab menggunakan air rasa asam yang asli .. TAHNIAH NEGERI MELAKA DIBAWAH PENTADBIRAN UMNO/BN.


JASIN - Masalah bekalan air tidak berkualiti yang berlaku di beberapa kawasan di Parlimen Jasin termasuk Dun Merlimau dipercayai berpunca daripada air Sungai Kesang yang tercemar.

Adun Merlimau, Roslan Ahmad berkata, beliau sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Bekalan Air Melaka (SAMB) memaklumkan air dari Sungai Kesang yang disalurkan ke negeri ini dipercayai dicemari sisa buangan dari kilang kelapa sawit.

Menurut Roslan, pihaknya juga diberitahu pegawai SAMB sudah membuat siasatan untuk mengenal pasti masalah kualiti air itu.

“Sejak menerima aduan daripada orang ramai, saya terus menghubungi SAMB dan hari ini (semalam) dan mereka memaklumkan apa yang berlaku dipercayai berpunca daripada sisa buangan tanpa dirawat dari kilang kelapa sawit berdekatan Sungai Kesang,” katanya ketika dihubungi.

Sinar Harian semalam melaporkan rungutan beberapa pengusaha kedai makan di sekitar Jasin yang mengatakan air paip dibekalkan kepada mereka tidak berkualiti, malah rasanya menjadi masam sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pelanggan.

Roslan berkata, beliau juga tidak dimaklumkan sama ada kilang tersebut di dalam negeri Melaka atau Johor.

"Sekiranya dalam negeri ini, pihak berkenaan perlu mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan saman dan menutup segera kilang terbabit.   

“Apabila punca dikenal pasti saya yakin kerja-kerja pembersihan di loji air akan dilakukan segera pihak SAMB dan akan mengambil masa pulih dalam tempoh sehari dua ini,” katanya.
Posted by 
minyak itam.....
Air dari paip rumah di negeri UMNO phuiiiii....Merlimau Melaka
Dah seminggu UMNO phuiiii......
Taman Muhibbah Merlimau.
Punca air dari loji air Jasin.

EDISI CAKAP BESAR TIDAK SEDAR DIRI .... TEMPAT SENDIRI KRITIKAL ADA HATI NAK JUAL AIR KEPADA SELANGOR!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena