Kasino Kedua Di Malaysia - Anda Setuju?
3 billion. Labur nak buat kasino. Banyak gile duit orang tua neh. Tak cukup dengan satu kasino di Genting. Sekarang bercita2 nak buat kasino kedua. Lokasi di Pahang cuma tatau kat mana. Jika projek tersebut diluluskan oleh kerajaan maka Malaysia akan memiliki 2 kasino. Di Malaysia dan dua2 pun di Pahang.
Dengan kewujudan kasino budaya judi di kalangan rakyat Malaysia mungkin bertambah. Ye tak? Aku tengok orang2 cina pun benci kasino2 bagai neh. Aku ada kenalan2 cina yang memang sakit ahti dengan penubuhan kasino. Kasino pada dia telah merosakkan sebuah keluarga yang bahagia. Dia boleh tolerate jika judi dalam skala kecil. Kalah pun tak rasa apa. Rugi bawah satu ratus ringgit. Tapi yang buat dia tak boleh tolerate bila budaya judi boleh menyebabkan keluarga hancur. Bukan satu tapi banyak kes terjadi keluarga bunuh diri angkara along. Hutang along angkara nak memuaskan nafsu berjudi. Yang kena bunuh pun ada. Rumah kena rampas. Bisnes kena rampas. Rugi. Anak2 hilang tah kemana.
Ini semua penyakit2 sosial yang tumbuh melata akibat nafsu berjudi.
Dan si Vincent Tan pula berperanan menyuburkan lagi nafsu berjudi manusia dengan bercita2 mahu membina kasino kedua di Malaysia.
Bina kasino ibarat ko baja nafsu manusia supaya berjudi.
Itu sebab pembinaan tersebut perlu dihalang. Bahkan kewujudan kasino sedia ada pun perlu dihapuskan. Judi ko pandang dari sudut apa pun ia lebih kepada pembawakan yang negatif. Bukan positif. Tak payah cakap la pasal fahaman orang2 melayu isu judi. Orang2 cina dan india sendiri menolak budaya judi ini kerana dikalangan mereka ada keluarga2 yang hancur akibat judi. Mereka saksi depan mata. Nampak, tahu dan ada yang alaminya sendiri.
Virus macam neh tak boleh dibiarkan. Ia masih dalam peringkat cadangan. Tapi jadila rakyat yang prihatin sebelum perkara tersebut diluluskan. Bila dah lulus lagi susah nak bantah.
Cadangan bodoh dari Vincent Tan ini perlu dihalang. Banyak sangat duit dia neh. Dapat banyak untung akibat kegiatan perjudian. Benda2 jahat macam neh tak patut dibiarkan subur kat negara kita. Orang nak meniaga halal kat tepi jalan jual makanan pun kemain susah lagi nak dapatkan lesen.
Tapi bagi orang2 kaya, berduit benda tak betul pun depa dapat meniaga senang lenang macam perjudian. Apa teruk sangat cara kerajaan kita berfikir neh kawan2?
Lue fikirlah sendiri ek.
Kbai.
0 comments:
Post a Comment