Kalau sebelum ini minyak pon BOLEH NAIK, agak2 harga gas naik ka turun...
Kalau nak NAIK pon tak mengapa kerana pilihanraya lambat lagi.. KAMI ADA BR1M !!!
TAHUKAH ANDA, sebelum ini PETRONAS (GAS) telah mengaut rekod keuntungan selama 3 tahun berturut2 (2012-2014) dgn jumlah keuntungan RM7.88 bilion !!!
Harga baru gas memasak akan diumum hari ini
Harga baru gas petroleum cecair (LPG) mungkin akan diumumkan pada mesyuarat Majlis Ekonomi Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, esok (hari ini).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, beliau akan membentangkan cadangan kementeriannya berhubung perkara itu pada mesyuarat itu. Satu kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan jika harga baru itu mendapat persetujuan mesyuarat berkenaan.
Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga LPG pada kadar RM26.60 bagi tong 14 kilogram. “Sebenarnya kita sudah mengadakan perjumpaan dengan mereka yang berkepentingan dalam industri LPG ini.
Sudah dua tiga kali kita bermesyuarat tetapi belum ada kata putus mengenai harga baru LPG kerana ada beberapa masalah teknikal dan juga kerana mengambil (pendekatan) kepentingan rakyat didahulukan. “Kita akui bahawa sejak 16 tahun yang lalu harga LPG ini tidak pernah dikaji.
Berikutan itu, kita mengambil pendekatan mengadakan rundingan baru-baru ini untuk mencari jalan supaya industri LPG ini akan terus berkembang,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Koperasi Harapan Baru Kuala Pilah Bhd di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Hasan berkata, harga baru LPG ini akan turut mengambil kira jumlah subsidi diberikan kerajaan, cadangan orang ramai serta kepentingan rakyat.
Ditanya sama ada harga baru LPG ini lebih rendah atau tinggi daripada harga sekarang, beliau berkata ia bergantung dengan keputusan mesyuarat tersebut. “Kalau kita sudah buat keputusan pada mesyuarat petang esok (hari ini) maka kita akan umumkan harga baru LPG ini,” katanya.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
0 comments:
Post a Comment