Monday, 26 October 2015

Tuntutan 3 Bulan Bonus Daripada Cuepacs? Bajet 2016 RM500 Bukan Bonuslah Tetapi Bayaran Khas! Apa respon anda.

Isnin, 26 Oktober 2015

Bonus Bajet 2016 Penjawat Awam : Tuntutan 3 Bulan Bonus Daripada Cuepacs

bonus Bajet 2016
Bukan setengah bukan, bukan satu bulan, bukan dua bulan tetapi 3 bulan bonus penjawat awam menjelang pembentangan Bajet 2016. Cuepacs Malaysia berharap sangat agar Perdana menteri dan kerajaan Malaysia mempertimbangkan tuntutan terbaru mereka ini.
Apatah lagi tuntutan terkini mereka ada sebabnya termasuklah :
  • kos sara hidup yang semakin tinggi
  • Semak 252 skim gaji kakitangan kerajaan
  • Semakan elaun penjawat awam

Bonus Bajet 2016 Penjawat Awam : Kerajaan Boleh Bayar Secara Berperingkat!

Walaubagaimanapun, Cuepacs Malaysia turut memberikan pilihan dan cadangan tambahan kepada kerajaan dalam pada mempertimbangkan tuntutan mereka, supaya pembayaran bonus Bajet 2016 penjawat awam kali ini kelak boleh dibayarkan secara berperingkat-peringkat jikalau kerajaan tidak mampu bayar sekaligus apabila melihatkan kewangan kerajaan Malaysia semakin sempit dan juga perkembangan ekonomi Malaysia hari ini.
Mungkin juga Cuepacs boleh tambahkan cadangan selepas ini, selain daripada tuntutan Bonus Bajet 2016 semata agar bagaimana cara dan mekanismanya mengurangkan perbelanjaan jabatan dan kementerian termasuklah Jabatan Perdana Menteri yang telah menelan belanja Bajet Malaysia yang cukup besar setiap tahun.
P/S : Mengingatkan diri antara kami sendiri kepada kakitangan awam menggunakan kemudahan pinjaman peribadi untuk tujuan yang betul. Janganlah sampai “biar papa, asal bergaya” menjadi beban pada diri kita untuk tempoh yang lama.
PP/S : Berita Semasa juga sama-sama doakan agar syarikat swasta anda akan beroleh keuntungan yang memberangsangkan untuk dipulangkan semula kepada anda semua dalam bentuk bonus kakitangan swasta contohnya. Insyaallah. Amin.
Berita Semasa

Bajet 2016 Bonus Sebulan atau Setengah Gaji? Tiada. Hanya Pembayaran Khas RM500 dan Pencen RM250. Respon Anda?

bonus bajet 2016
Cakap-cakap dan tuntutan demi tuntutan baik dari Cuepacs mahupun penjawat awam di Malaysia yang berjumlah 1.6 juta ramainya sekarang ini yang mahukan sekurang-kurangnya bonus sebulan gaji atau paling tidak pun setengah bulan gaji, hanya tinggal impian dan angan-angan sahaja untuk tempoh dari sekarang sehingga 12 bulan yang akan datang bagi menanti pula pembentangan Bajet 2017 pula.
Mungkin Bajet 2017 pula?
Ini kerana baru sebentar dengan peruntukkan sejumlah RM1 bilion daripada Bajet 2016 Malaysia kali ini, berdasarkan pengumuman dan pembentangan oleh Najib Razak mengesahkan tiada bonus penjawat awam, cuma :

Intipati Bajet 2016 Bukan Bonus Tetapi Bayaran Khas!

  • pembayaran dan bantuan bayaran khas RM500 bagi 1.6 juta kakitangan awam
  • pembayaran khas kepada kumpulan pencen sebanyak RM250
Dan pembayaran bantuan khas penjawat ini yang berjumlah RM500 dan untuk pencen akan mula anda terima bayaran pada 1 Januari 2016. Apa respon balas 1.6 juta penjawat awam di Malaysia dengan pengumuman Najib Razak sebentar tadi.

Berita Semasa.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena