Friday, 30 October 2015

'Ketepikan Najib atau Pecat Kumpulan 7'...Lalu, inikah pilihan terbaik untuk menyelamatkan negara?

Sabtu, 31 Oktober 2015

Kata 3 juta ahli bersama dia, duit pulak ada orang derma RM2.6juta..tetiba boleh takut dengan 7 orang..!!!

DISOKONG 3 JUTA AHLI, PRESIDENNYA ADA WANG DERMA RM2,600 JUTA - KENAPA TAKUT DENGAN 7 ORANG?
 Shahbudin Husin,

UMNO hampir pasti akan mengambil tindakan menggantung atau memecat keahlian Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat MT yang akan datang ini.

Mesyuarat MT yang sepatutnya diadakan hari ini, 30 Oktober tetapi telah ditangguhkan ke tarikh lain, dipercayai untuk memberi ruang kepada petugas UMNO mengumpul segala bukti sebelum pertuduhan dilakukan.

Bersama beliau yang bakal menerima tindakan serupa ialah enam yang lain yang dikenali sebagai Kumpulan 7. Nama selebihnya yang disebut-sebut dalam kumpulan itu ialah Tun Mahathir Mohamad, Tengku Razaleigh Hamzah, Shafie Apdal, Ahmad Said, Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman

Ada juga menyebut Aziz Sheikh Fadzir dan Hamidah Osman tidak termasuk dalam senarai itu, sebaliknya yang terlibat ialah Sanusi Junid dan Rafidah Aziz.

Kesemua mereka ini dikatakan akan diambil tindakan bukan saja kerana serangan berterusan kepada Najib berkaitan 1MDB dan derma RM2,600 juta, tetapi juga kerana penentangan terbuka berkaitan Sosma, baru-baru ini.

Di antara ketujuh-tujuh itu, yang paling mendesak bagi UMNO untuk diambil tindakan ialah Muhyiddin Yassin yang mana tujuan terselindungnya ialah untuk menghalang beliau daripada merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri serta berucap di acara penggulungan Perhimpunan Agung UMNO, Disember nanti.

Kenyataan Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa UMNO sudah letih dan penat dengan karenah mereka selama ini, membayangkan kebimbangan sekiranya Muhyiddin terus dibuka ruang untuk melancarkan serangan dan menimbulkan persoalan berkaitan 1MDB dan wang RM2,600 juta di pentas rasmi UMNO, ia ditakuti akan menyebabkan keyakinan ramai terhadap Najib kian terhakis.

Kenapa Najib dan UMNO terlalu takut dengan Kumpulan 7 ini?

Bukankah Najib selalu mendewa-dewakan bahawa tiga juta ahli UMNO menyokongnya? Jika ada tiga juta sokongan, kenapa takut dengan tujuh orang?

Lebih dari itu, bukankah Najib memiliki derma RM2,600 juta yang tidak pernah diterima oleh mana-mana Presiden UMNO sebelum itu?

Lalu, kenapa gentar dengan hanya tujuh orang yang tidak ada kuasa, tiada jawatan dan tidak juga memiliki apa-apa yang boleh ditawarkan untuk membeli sokongan?

Selain itu, dengan kawalan media, pengaruh, kuasa, jawatan dan lain-lain yang semuanya menyebelahi UMNO dan Najib, mengapa tidak mampu ditangkis hujah dan serangan daripada tujuh orang saja pun?

Lekeh sangatkah pimpinan UMNO yang ada sekarang ini?

Bukankah dalam era keterbukaan dan kecanggihan dalam banyak perkara dewasa ini, perbezaan pendapat dan pertentangan idea seharusnya diraikan dan bukannya dikebumikan?

Adakah semua ini menepati pepatah yang tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan - "berani kerana benar dan takut kerana salah?"

Atau semua yang sedang cuba dilakukan kepada Kumpulan 1 ini menepati sepertimana yang dikatakan oleh Tengku Razaleigh Hamzah semalam bahawa hanya pemimpin lemah yang suka memberi tekanan supaya orang lain mengikut telunjuk mereka.

Dalam masa yang sama, Tengku Razaleigh juga berkata, untuk menjadi parti yang kukuh, UMNO perlu bertoleransi dengan pandangan yang berbeza.

Kita semua perlu semua orang bagi mengukuhkan parti. Kita perlu bertoleransi dengan mereka yang berbeza pandangan. Itu cara UMNO mendapat kekuatan, kata Ahli Parlimen Gua Musang itu lagi.

Sebagai kesimpulan mudah, apakah yang menyebabkan Najib tiada keberanian menjunjung pepatah "berani kerana benar dan takut kerana salah" itu?

Adakah ia disebabkan oleh 1MDB dan wang RM2,600 juta?

Apa pula yang menyebabkan Najib semakin lemah dan ingin menekan semua yang berbeza pandangan dengannya sedangkan ketika dipilih untuk menggantikan Tun Abdullah Badawi pada 2009 dulu, ramai yang menyukainya?

Adakah ia juga disebabkan bahana 1MDB dan wang RM2,600 juta?

Siapa yang menyebabkan wujudnya 1MDB dan siapa penerima RM2,600 juta?

Lalu, apakah sebenarnya pilihan terbaik untuk menyelamatkan negara ini - ketepikan Najib atau pecat Kumpulan 7? (SH 30/10/2015)

Kedah Lanie.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena