Thursday, 22 October 2015

'Langkah Rawang' Azmin nafi Saifuddin gantinya..."Portal melaporkan DUN Rawang Gan Pei Nei (PKR) akan mengosongkan kerusinya"?

Humaat 23 Oktober 2015

Azmin nafi Saifuddin gantinya melalui 'Langkah Rawang'
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin bekas ahli majlis tertinggi Umno yang kini menyertai PKR, Datuk Saifuddin Abdullah akan menggantikan beliau melalui “Langkah Rawang”.

Azmin mengulas khabar angin dalam beberapa portal Isnin lalu, mengenai Langkah Rawang yang bertujuan menyingkirkan Azmin sebagai menteri besar dan akan digantikan dengan bekas ahli majlis tertinggi Umno itu, lapor Utusan Malaysia.

“Apa dia Langkah Rawang? Tidak ada, janganlah dengar spekulasi. Saya tidak pernah dengar (Langkah Rawang) sebab itu tidak betul,” Azmin dilaporkan sebagai berkata.

Portal-portal itu sebelum ini melaporkan ADUN Rawang Gan Pei Nei daripada PKR akan mengosongkan kerusinya untuk memberi laluan kepada bekas timbalan menteri pengajian tinggi itu bertanding dalam pilihan raya kecil.

Menurut portal-portal itu lagi, langkah untuk menjatuhkan Azmin sedang giat dilakukan oleh penentang-penentangnya di Selangor.

Tahun lalu, PKR menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor melalui “Langkah Kajang”.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya bagi memberikan laluan.


Namun disebabkan kes liwatnya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding di DUN Kajang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan.

Wan Azizah tidak berjaya menjadi menteri besar selepas tidak mendapat sokongan PAS. Sebaliknya sultan Selangor melantik Azmin sebagai menteri besar yang baru.

batu vs kayu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena