Tuesday, 20 October 2015

H60K adalah seramai 40,000 orang, defisit 20,000..."Tak perlulah mendabik dada tunjuk kuat sangat".

Rabu, 21 Oktober 2015
Nak update sikit pasal Perhimpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Kedah. Perghh ramai beb. Suka tengok.

Biar Betullll....Amanah “Hacked” Blog PAS Di Kedah?


Sebagaimana maklum, PAS kini terpecah dua di mana parti itu yang kembali dikuasai oleh kepimpinan ulama telah berpisah “taklik” dengan golongan progresif PAS yang membentuk Parti Amanah Negara (Amanah) baru-baru ini. Saya kira, semua pihak tahu tentang itu dan tidak perlu diulas.

Terkini, PAS telah menganjurkan Himpunan Fastaqim di Kota Bharu, Kelantan. Saya difahamkan himpunan yang meletakkan sasaran menghimpun seramai 60,000 ahli dan penyokong PAS itu hanya berjaya mengumpul seramai 40,000 orang sahaja.

Dari jumlah itu, saya menyimpulkan defisit jumlah kehadiran Himpunan Fastaqim adalah seramai 20,000 orang.

Ketika di himpunan yang turut dikenali sebagai H60k tapi tidak sampai 60k itu, PAS mendakwa parti mereka telah pulih dan bakal kembali menggegarkan medan politik negara. Kononnya, PAS makin kuat dan bersih tanpa mereka yang digelar sebagai “syaitan dalam jemaah” yang menyertai Amanah.

Namun pada pandangan saya, kekuatan PAS yang terkini sebenarnya tidaklah mencapai 100 peratus pulih dan kuat seperti sebelumnya. Itupun jika boleh diisitilahkan sebagai “kuat”lah. Saya lebih positif untuk mengatakan PAS kini hanya memilik 2/3 kekuatan sahaja.

Kenapa? Ini adalah kerana PAS hilang 20,000 penyokong tegar di Himpunan Fastaqim yang berlangsung di Kelantan yang menjadi kubu terkuat parti itu. PAS perlu akui hakikat itu dan tidak perlulah mendabik dada tunjuk kuat sangat di mata umum…

Selain itu, PAS juga masih lagi berstatus solo sejak diceraikan DAP dari gabungan parti-parti pembangkang. Jika dulu ada yang mendakwa PAS mendapat dana dan sokongan dari rakan sekutunya, maka kini tidak lagi begitu. “PAS is on their own now”, kata orang putih.

Sekiranya kita melihat dari sudut mikro-politik, khususnya di peringkat negeri Kedah, PAS di negeri itu masih lagi huru-hara, berpecah belah dan tidak ketahuan hala. Boleh dikatakan hampir majoriti ahli dan penyokong PAS di Kedah masih lagi keliru dari sudut sokongan.

Sekiranya penulis bertanya, “siapakah penyandang jawatan Pesuruhjaya PAS Kedah sekarang?”, penulis yakin ramai yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat. Sekiranya di”google” sekalipun, kena “google” betul-betul, barulah kita akan peroleh jawapannya.

Malah jika dirujuk pada laman web rasmi PAS di url http://www.parti-pas.org/badan-perhubungan-pas-kedah sekalipun, ia masih tidak dikemas kini dan tarik terakhir dikemas kini pun adalah pada 8 Januari 2014!

Pesuruhjaya PAS Kedah yang terkini ialah Dr. Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi. Ada sesiapa pernah dengar nama ini di peringkat nasional? Saya yakin, orang Kedah pun ramai yang masih tidak kenal siapakah Dr Ahmad Fakhruddin ini. Jika Mahfuz Omar, Amiruddin Hamzah dan Phahrolrazi Zawawi maka kita kenal sangat mukanya, bukan?

Posted by 

AMANAH

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena