Sunday, 18 October 2015

'Perjanjian Bosphorus' ditandatangani pemimpin PKR, DAP dan Amanah mengesa lakukan perubahan secara demokratik hari esok!

Ahad, 18 Oktober 2015
Selat Bosphorus, Turki

Dari Turki, pemimpin pembangkang gesa ahli Parlimen BN sokong undi tidak percaya Najib

http://en.selangorku.com/wp-content/uploads/2014/05/6.15.jpg
Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Umno diseru melakukan perubahan ketika sidang Dewan Rakyat yang bermula esok sebagai usaha untuk menyelamatkan negara dari ancaman perkauman, toleransi, fahaman agama yang sempit, dan ekstremisme.

Melalui perjanjian Bosphorus yang ditandatangani pemimpin PKR, DAP dan Parti Amanah Nasional (Amanah) di Turki, semalam, mereka berkata, Malaysia sedang berhadapan saat paling getir apabila beberapa isu kritikal menghambat negara dalam satu masa melibatkan aspek politik, ekonomi, sosial dan hubungan antara kaum.

“Kami menggesa seluruh rakyat agar bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia demi memastikan kita tidak terjerumus ke kancah huru-hara yang memusnahkan harapan seterusnya dapat bangkit dari krisis melalui transisi demokratik kearah membina Malaysia sebagai sebuah negara contoh yang moderat dan bertoleransi untuk dicontohi dunia,” kata kenyataan bersama naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, timbalan presiden Amanah Salahuddin Ayub dan pengarah pendidikan politik DAP Liew Chin Tong.

“Seruan kami ini juga ditujukan kepada ahli parlimen Umno dan BN yang turut sama menjadi elemen penting untuk melakukan perubahan secara demokratik semasa parlimen bersidang bermula Isnin 19 Oktober, 2015 ini.”

Mereka turut mengalu-alukan pertemuan bersejarah veteran Umno dan BN iaitu mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas setiausaha agung Umno Tan Sri Sanusi Junid, naib presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, dan bekas presiden MCA Tan Sri Ong Tee Keat.

“Kami menggesa kesemua pemimpin veteran Umno, BN ini agar selangkah kehadapan merealisasikan perubahan yang dapat memberi kesan terhadap sidang Parlimen yang bakal berlangsung nanti,” kata kenyataan itu.

Sidang Dewan Rakyat akan bermula esok dan veteran Umno seperti Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang mengharapkan agar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan dapat dibacakan sekaligus dibahaskan.

Setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli dan Razaleigh sebelum ini bagaimanapun berkata usaha itu sukar dilaksanakan kerana Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikatr Amin Mulia berkuasa untuk menolak usul berkenaan daripada dibacakan da dibahaskan di Parlimen.

“Bosphorus adalah selat yang menghubungkan antara benua Eropah dan Asia.

“Maka para pimpinan politik berhimpun di sini dengan semangat harapan baharu untuk Malaysia dan negara akan bangkit menjadi obor harapan baru dipentas dunia,” kata kenyataan Nurul Izzah, Salahhuddin dan Liew itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian daripada PKR sebelum ini mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Najib untuk dibawa ke Parlimen.

Notis yang dikemukakan Hee, merupakan item ke-25 dalam senarai untuk dibahaskan apabila Dewan Rakyat mula bersidang untuk mesyuarat ke-3 bagi penggal ke-3 Parlimen ke-13, esok.

Hee menyenaraikan beberapa sebab untuk memulakan usul itu, termasuk wang RM2.6 bilion yang diterima Najib dalam akaun peribadinya. – 18 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dari-turki-pemimpin-pembangkang-gesa-ahli-parlimen-bn-sokong-undi-tidak-per#sthash.4uZdIkYC.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena