Saturday, 24 October 2015

ZUHDI hang tau ka! Di Parlimen Eropah, bawa placard adalah LUMRAH malah di Parlimen EU, ahli Parlimen bawa placard untuk suarakan bantahan.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Dr Zuhdi (PAS) Anggap MP Angkat Plakad Macam Budak-Budak



Aku tak sokong dan juga tak bantah tindakan MP Pembangkang bawa placard dipembentangan Bajet 2016 semalam.. gasak koranglah untuk suarakan bantahan....tapi bila ada yang cakap tu kebudak budakan..dan bukan amalan normal di mana mana Parlimen didunia..tu pun Vanggang jugak...hehe

DiParlimen diEropah.. bawa placard adalah LUMRAH malah diParlimen EU, ahli Parlimen bawa placard untuk suarakan bantahan atau cara untuk menyampaikan sesautu isu agar diberi perhatian... so jgn bajet tahu kalo tak tahu amalan demokrasi diseluruh dunia...

BLM

Politik Placard - Antara PAS & Zuhdi dizaman dulu dan sekarang..!!!

Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi


Bagi sesetengah orang, aksi angkat placard itu dikira kecil saja, tiada kesan sangat. Saya tidak fikir begitu.

Usaha membentuk keberanian rakyat adalah usaha besar walaupun bermula dengan tindakan kecil. Angkat placard itu tak boleh dilihat hanya dalam lingkungan empat dinding Dewan Rakyat saja.

Aksi itu sudah viral dan rakyat nampak. Sekurang-kurangnya rakyat tahu, keinginan mereka supaya pemimpin seperti Najib disingkirkan tidak dipandang sepi. Ada sesuatu yang dibuat dan kesannya jangan diharap berlaku dalam tempoh sehari atau seminggu.

Aksi Abdul Rani Kulup, aksi Bomoh Malaysia, walaupun hanya disertai beberapa orang pengikut tegarnya, ada implikasi tersendiri kepada kepekaan rakyat terhadap apa saja yang menyentuh kepentingan mereka.

Kalau aksi kecil sebegitu tidak penting, untuk apa nabi melaporkan kisah lelaki umat terdahulu yang terampun dosanya kerana memberi minum anjing?


Untuk apa pula Tuhan memperihalkan tentang semut yang mengarahkan tenteranya masuk lubang apabila Sulaiman melintasi lembah mereka? Penting sangatkah kisah semut itu berbanding kerajaan Sulaiman yang maha gagah?

Pandanglah aksi placard itu sebagai pencetus dan pemangkin keberanian rakyat. Sebab itu, mereka yang tidak mengangkat placard itu dipandang agak sinis, kerana mereka seolah-olah tidak bersama aspirasi rakyat untuk turunkan Najib.

Politik adalah persepsi. Jangan lupa itu.



Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena