Friday, 23 October 2015

[Video] “Undi tidak percaya Najib tidak semestinya melalui usul! Azizah dakwa punya sokongan majoriti.

Jumaat, 23 Oktober 2015

Azizah dakwa punya sokongan majoriti undi tidak percaya pada Najib [TONTON VIDEO]

 Oleh Sharifah Azmawati Syed Aziz
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendakwa mempunyai sokongan majoriti Parlimen untuk menjayakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Presiden PKR itu mendakwa mempunyai sokongan beberapa ahli parlimen BN selain pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
 
"Saya mempunyai sebab-sebab munasabah dan keyakinan bahawa majoriti (ahli) Dewan Rakyat seperti bukan sahaja 88 ahli Parlimen pembangkang tetapi juga (melibatkan) bilangan ahli Parlimen daripada BN yang mencukupi dan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri untuk menerajui kerajaan," katanya dalam sidang medianya di lobi Parlimen hari ini.
 
Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh enggan menamakan siapakah wakil rakyat berkenaan sebaliknya berkata ia adalah 'suspen'.
 
"Tunggu dan lihat... suspen (kejutan)," katanya ringkas.
 
Beliau mengemukakan usul berkenaan sebentar tadi namun ia dijangka tidak akan dibahaskan pada sesi ini, kerana tidak memenuhi peraturan Dewan Rakyat.
 
"Saya baru hantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dengan kapasiti saya selaku Ketua Pembangkang, saya telah mengemukakan satu usul pada hari ini untuk mengambil ketetapan bahawa Dewan ini tidak ada lagi kepercayaan terhadap Yang Berhormat Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri," katanya lagi.
 
Azizah dan Pakatan Harapan (PH) memberitahu mereka nekad untuk menghantar notis itu meskipun jelas dengan penjelasan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
“Undi tidak percaya  tidak semestinya melalui  usul. Apabila bajet (bentang esok), jika pembentangan itu (Najib) kalah maka terpaksa seperti (dibuat) undi tidak percaya.
 
"Jadi kenapa harus isu (kemuka usul undi tidak percaya) terpaksa dibuat ketika ini (sahaja) ?,” soal Pandikar kepada pemberita, pada Rabu.
 
Esok Najib dijadualkan membentangkan Bajet 2016 yang terpaksa mengimbangi perbelanjaan kerajaan dalam persekitaran ekonomi global yang suram.   
 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena