Tuesday 20 October 2015

Menunggu pengumuman rasmi KPM! Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Esok 21.10.2015

Selasa, 20 Oktober 2015

Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Esok 21.10.2015


Sumber: Berita Terkini Jerebu Sekolah Tutup Esok 21.10.2015 | melvister.com 


Berita terkini jerebu senarai sekolah cuti tutup esok Rabu 21 Oktober 2015. Menerusi bacaan IPU jerebu terkini setakat pada petang selasa, beberapa kawasan mengalami peningkatan bacaan IPU Jerebu antaranya adalah Selangor, KL, Putrajaya, Pahang, kedah, Terangganu, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Tawau Sabah mencatat paras tidak sihat. Setakat ini, masih belum ada pengumuman sama ada sekolah tutup esok rabu 20 Oktober 2015. Pihak kami akan kemaskini dari masa ke semasa sebaik sahaja menerima pengumuman rasmi daripada KPM.
kpm
Berita Terkini Senarai Sekolah Tutup Esok 21.10.2015
Setakat ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum mengumumkan sama ada sekolah tutup esok rabu 21 Oktober 2015 ekoran jerebu. Bacaan IPU jerebu setakat 5.00 petang selasa menunjukkan tahap jerebu pada paras tidak sihat.

ipu-jerebu


Sumber: Berita Terkini Jerebu Sekolah Tutup Esok 21.10.2015 | melvister.com 





Berita Terkini

Jerebu: 2,528 Sekolah Tutup Rabu


PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Sejumlah 2,528 sekolah di kawasan terjejas jerebu ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat diarahkan tutup Rabu.

Sekolah terlibat ialah di Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu (Sarawak); Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan Tanjung Malim (Perak) serta Kuala Muda dan Yan (Kedah).

Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya hari ini berkata penutupan itu melibatkan 1.73 juta murid.

Sementara itu, sekolah di Melaka; Negeri Sembilan; Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak (Sabah); Muar, Ledang, Segamat (Johor) yang ditutup hari ini dibuka seperti biasa Rabu.

Setakat pukul 5 petang tadi, 25 kawasan masih mencatat bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi dicatatkan di Selangor iaitu Pelabuhan Klang (178), Shah Alam (160), Kuala Selangor (140) serta Banting dan Petaling Jaya (134).

Kawasan lain ialah Sek Keb Jalan Pegoh, Ipoh dan Batu Muda, Kuala Lumpur (127), Seri Manjung (124), Jalan Tasek, Ipoh (120), Sungai Petani (119), Tanjung Malim dan Putrajaya (118), Tawau, Port Dickson dan Jerantut (114), Perai (113), Bukit Rambai dan Kuala Terengganu (112), Seremban (111), Cheras, Kuala Lumpur (109), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (108) dan Alor Setar, Nilai (107), Taiping (103) dan Bandaraya Melaka (102).

-- BERNAMA



Jerebu oh jerebu...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena