Sunday, 18 October 2015

Esok! 'Najib akan berdepan sidang parlimen menakutkan'...Mungkin Najib terpaksa mengada pre council malam ini di rumahnya?

Ahad, 18 Oktober 2015

Sidang parlimen bermula esok sangat menakutkkan Najib

KATA AHAD
Najib akan berdepan sidang parlimen menakutkan.
Esok parlimen ke-13 penggal ke-3 akan bersidang untuk kali ketiga. Susun atur dan kedudukan dalam sidang esok berubah ekoran berlaku beberapa peristiwa dan perkembangan terbaharu dalam parti politik.

Kedudukan beberapa orang yang menjadi menteri tetapi kini tidak lagi menjadi anggota kabinet berubah tempat duduk.

Yang pastinya kedudukan Muhyiddin Yassin yang berada di sebelah Najib Razak sebagai PM akan berubah. Muhyiddin akan diasingkan jauh bersama ahli MP Umno veteran lain. Tempat Muhyiddin itu akan diduduki oleh TPM baharu Zahid Hamidi.

Susun atur di blok pembangkang juga akan berubah. Kedudukan wakil Pas yang sebelum ini ditompokkan dengan wakil DAP dan PKR yang berikat menerusi Pakatan Rakyat akan berubah ke blok lain apabila Pas tidak lagi bersama DAP dan PKR menerusi Pakatan Harapan.

Tempat presiden Pas Abdul Hadi Awang akan diisi oleh wakil Parti Amanah Negara (Amanah) yang kini merupakan anggota pakatan baru Pakatan Harapan yang dibentuk baru-baru ini. Abdul Hadi akan diletakkan dalam kelompok Pas yang terkeluar dari apa-apa pakatan. Kali ini sidang parlimen akan melihat Pas bertindak sebagai wakil persendirian. Selepas ketiadaan beberapa ahli parlimennya yang lantang kerena menyertai Amanah, kita dapat melihat sejauh mana Pas berfungsi.

Pas yang sebelum ini mempunyai anggota 21 tinggal 14 sahaja apabila selebihnya telah menyertai Amanah dan seorang menyertai PKR.

Apa pun perubahan itu tidak membimbangkan Najib, jauh sekali menganggui tidur isterinya Rosmah Mansor. Tetapi ura-ura akan ada usul undi tidak percaya kepadanya, itulah benar-benar meresah dan mencemaskan Najib. Kandati pun ada kenyataan mengatakan usul itu tidak akan mencapai maksudnya, namun ia tidak memberikan Najib keselesaan. Usul itu tetap menjadi momok kepadanya.

Sebelum ini ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaliegh Hamzah menyatakan tidak yakin usul itu akan berjaya kalau pun ia dibawa. Begitu juga dengan Rafizi Ramli (MP Pandan) yang juga Setiausaha Agung PKR, berpendapat perkara sama. Namun pendapat kedua-dua mereka itu yang boleh dianggap mewakil BN dan oposisi bukan jaminan buat Najib untuk berasa selesa.

Kenyataan itu bukan lesen untuk Najib mendiamkan diri tanpa bertindak.

Sebagai orang dianggap bersalah, Najib sangat memahami apa yang berlaku di sekitar dirinya. Isu 1MDB serta kejatuhan nilai ringgit dan bebanan ditanggung rakyat ekoran pelaksanaan cukai GST telah meletakkan beliau dalam keadaan diasak kebimbangan dan ketakutan serta dicemuhi rakyat.

Tindakan drastiknya memecat Muhyiddin dan Shafei Afdal adalah bertolak dari isu-isu berkenaan. Tentu sekali Najib tidak berfikir yang kedua bekas timbalannya dan menteri kabinet itu hanya akan meriba tangan untuk tidak melakukan apa-apa tekanan ke atasnya.

Apakah Tengku Razaleigh dan Rafizi sengaja membuat kenyataan begitu untuk melenakan Najib? Kemungkinan inilah kena dibaca oleh Najib. Dalam suasana sekarang Tengku Razaleigh yang dilihat menjadi ketua fraksi dari Umno manakala Rafizi ketua fraksi daripada oposisi yang berusaha melakukan sesuatu mengejutkan Najib di parlimen.

Kerana itulah mungkin menyebabkan Najib terpaksa mengada pre council dengan ahli parlimen dan dewan negara  malam ini di rumahnya. Kalau tidak kerana kebimbangan itu untuk apa dia memanggil perjumpaan itu. Boleh difahamkan apa yang sedang dihadapi Najib kini sudah serius. Apakah Tengku Razaleigh dan Rafizi sudah melengkapkan tindakan mereka?

Perlu diingat lama sebelum ini kedua-dua mereka mengadakan perjumpaan. Rafizi dikhabarkan telah berkunjung Tengku Razaleigh bersama beberapa orang pimpinan PKR termasuk Tian Chua. Hasil dan tujuan pertemuan itu tidak diumumkan. Yang pastinya pertemuan itu tidak berlangsung begitu sahaja tanpa sebarang motif.

Sidang akhabar di Yayansan Perdana diadakan oleh Dr. Mahathir Mohamad baru-haru ini yang membangkitkan isu penyalah gunaan kuasa SOSMA adalah isu yang sama diperjuangkan oleh pembangkang. Sejak rang undang-undang SOSMA dibentangkan di parlimen opoisis sudah menentangnya. Apakah persamaan dalam mengkritik SOSMA menjadi lambang persamaan antara penentang Najib dari dalam Umno dengan oposisi?

Sungguh pun oposisi tidak menghantar wakil dalam sidang akhbar Mahathir itu, ia tidak bermakna mereka tidak bersama. Ini juga mungkin strategi untuk tidak mempamerkan kepada Najib yang opisisi dan kumpulan dalam Umno dan BN sedang berkolaborasi untuk melakukan sesuatu  terhadapnya.

Dan apakah desas desus akan ada usul undi tidak percaya kepada Najib akan dibawa dalam sidang kali ini ia adalah agenda bersama?

Pendeknya sidang parlimen yang akan bermula esok sangat tidak menyenang dan membimbangkan Najib. Sebaliknya kalau usul itu tidak berlaku dan Najib lepas, bererti Najib lolos dari satu ikatan perasaan yang sangat menekannya saat ini. [wm.kl.1:25 pm 18/10/15]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena