Friday, 1 January 2016

Apa bisnes 1MDB selepas ini? Satu demi satu habis dijualnya!

Sabtu, 2 Januari 2016

Selepas satu demi satu dijual, Apa bisnes 1MDB selepas ini???

Shahbudin Husin,


Selepas 1MDB menjual keseluruhan segmen tenaganya, Edra Energy dan kemudian 60 peratus Bandar Malaysia, kedua-duanya kepada syarikat daripada negara China demi untuk melangsaikan hutang RM42 bilionnya, satu-satunya aset yang tinggal bagi syarikat itu ialah tanah TRX seluas kira-kira 70 ekar di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.

Edra Energy dijual dengan harga tunai sebanyak RM9.83 bilion, selain pembeli bersetuju menanggung semua hutangnya. Dilaporkan jualan itu akan mengurangkan hutang 1MDB antara RM16 bilion hingga RM18 bilion.

60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia pula dijual dengan harga RM7.41 bilion. Lebihan 40 peratus lagi yang masih milik 1MDB, sebagaimana disebut oleh Arul Kanda semalam, sedang dalam pertimbangan untuk dipindahmilik kepada Kementerian Kewangan.

Bermakna, kemungkinannya dijual juga baki 40 peratus Bandar Malaysia itu. Cuma apabila ianya dijual daripada 1MDB kepada Kementerian Kewangan, ia tidak lebih umpama memindahkannya daripada tangan kanan Najib kepada tangan kirinya.

Ini kerana 1MDB diketuai Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihatnya, manakala Kementerian Kewangan juga diterajui olehnya.

Dengan 40 peratus Bandar Malaysia itu dipindahkan kepada Kementerian Kewangan, secara tidak langsung duit rakyat turut digunakan untuk melangsaikan sebahagian hutang induk 1MDB.

Jika penjualan kepada Kementerian Kewangan itu menjadi kenyataan nanti, ertinya lupuslah seluruh kepentingan 1MDB dalam Bandar Malaysia yang luasnya hampir 500 ekar itu.

Sebagaimana Edra Energy, akhirnya Bandar Malaysia juga tiada kaitan lagi dengan 1MDB.

Maka, yang tinggal hanyalah tanah TRX saja lagi. Tetapi tanah juga ketika ini sedang dipecah-pecahkan lotnya untuk dijual bagi memperolehi wang. Mungkin sebahagiannya turut terlepas ke tangan syarikat negara asing kerana yang dikejar oleh 1MDB ketika ini ialah wang.

Berikutan penurunan nilai ringgit dan hanya syarikat asing yang mempunyai banyak wang, sudah tentu potensi mereka memiliki sebahagian besar tanah TRX adalah juga tinggi.

Dengan menjual demi menjual harta yang dimiliki, hakikatnya tiada apa lagi yang tinggal dalam tangan 1MDB. Tidak seperti kebanyakan syarikat perniagaan yang membayar hutang melalui keuntungan perniagaan yang dijalankan, 1MDB sebaliknya melangsaikan hutang dengan cara menjual satu demi harta miliknya sendiri.

Persoalannya, apakah perniagaan 1MDB selepas ini? Edra sudah dijual, Bandar Malaysia sudah dijual 60 peratus dan mungkin dijual sepenuhnya tidak lama lagi. Tanah TRX pula dalam proses yang sama.

Apakah bidang baru atau pelaburan yang akan diceburinya selepas ini?

Adakah tanah dan aset kerajaan yang lain pula akan diserahkan oleh Najib kepada 1MDB selepas ini untuk memastikan syarikat itu terus bernyawa dan ada perniagaan yang hendak dijalankannya? (01/01/2015).
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena