Saturday, 9 July 2016

Azmin elak ulas khutbah raya Jais puji RUU Syariah PAS.

Ahad, 10 Julai 2016
Page Liked · 15 hrs
 Gantung banner pun belakang pokok , nampak benar kebodo an geng2 UMNO ni, macamni ke nak jaga generasi akan datang..??.

Azmin elak ulas khutbah raya Jais puji RUU Syariah PAS

azmin-ali_jais_law_6001
HULU KELANG: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertindak mengelak daripada mengulas khutbah raya Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang memuji pembentangan usul Enakmen Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen, oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebaliknya Menteri Besar Selangor itu menegaskan ucapan khutbah tersebut tidak pun menyebut nama Abdul Hadi.
“Tak sebut pun nama Presiden PAS ( Abdul Hadi),” katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Taman Seri Keramat hari ini.
Rabu lepas pada pagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jais menggesa seluruh umat Islam supaya bersyukur dengan pembentangan Rang Undang-undang oleh PAS yang berupaya meningkatkan kuasa mahkamah Syariah.
Jais turut mengucapkan terima kasih kepada mahkamah sivil ekoran penolakkan permohonan semakan kehakiman Sisters In Islam (SIS) mencabar fatwa Selangor yang melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘sesat dan menyeleweng’.
“Kami amat bersyukur atas kemenangan pembentangan usul Enakmen Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen, demi meningkatkan martabat mahkamah Syariah di negara ini.
“Kami juga amat berterima kasih dengan keputusan yang dicapai oleh Bahagian Rayuan dan Kuasa Khas Mahkamah Tinggi menolak permintaan Sisters in Islam dalam mencabar kesepakatan yang dicapai oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor mengenai liberalisme di negeri Selangor…,” petik kata khutbah yang dibacakan di masjid-masjid negeri pada hari pertama hari Raya.
Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Selangor turut diserikan dengan kehadiran Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Alhaj serta barisan pimpinan Kerajaan Negeri Selangor.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena