Monday 11 July 2016

Hapus terus pondok tol & TOL juga DIHAPUSKAN...Pasti rakyat suka ni...

Isnin, 11 Julai 2016

Page Liked · 21 minsEdited

Nak kongsi je ni...terima kasih BN/Umno.

Sebarkan...pasti rakyat suka ni...

Page Liked · 9 mins

KERAjaan Umno/BN MEMANG CILAKE..

Lebuhraya sesak pondok tol disalahkannya..

Kalau dicadangkan hapus terus pondok tol DAN TOL JUGA DIHAPUSKAN, agak² menteri nak dengar tak ?

TAHUKAH ANDA, mengapa KERAjaan Umno begitu bodoh & begitu kuno ketinggalan zaman masih guna sistem tol berpondok ??

Jika guna sistem tol berpondok, penambahan pondok tol memerlukan kos yg sgt tinggi (tambah lagi poket kroni2 tol) berbanding sistem 'Open Tol Gate' spt di UAE yg mana..

TIDAK PERLU beratur...
TIDAK PERLU berhentikan kenderaan..
TIDAK PERLU perlahankan kenderaan.
TIDAK PERLU touch & go.
TIDAK PERLU tidak perlu reverse kereta kalau Smart Tag ada problem. Hanya jalan seperti biasa, nak speed lebih 100km/j pon takper & tol gate TETAP akan auto detects.


Bas Ada 63 Saman Tertunggak



Ipoh: Bas persiaran yang merempuh 10 kenderaan di Kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan selepas Terowong Menora di sini, semalam, mempunyai 63 saman tertunggak kerana pelbagai kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata pemandu bas berkenaan yang berumur 51 tahun pula memiliki sembilan saman tertunggak kerana pelbagai kesalahan termasuk memandu laju antara 2011 hingga 2015.

"Hasil ujian air kencing mendapati pemandu kedua itu negatif dadah. Polis sudah mengambil keterangannya," katanya di perkarangan Mahkamah Ipoh hari ini, selepas pemandu itu dibawa ke mahkamah untuk direman.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ipoh, Ng Geok Nee membenarkan permohonan polis agar pemandu berasal dari Johor Baharu itu direman empat hari mulai hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, pemandu pertama bas berkenaan Zakaria Ahmad, 50, ketika ditemui di perkarangan mahkamah itu berkata sebelum memulakan perjalanan beliau dan rakannya sudah memastikan bas berada dalam keadaan baik.

"Ketika kejadian saya yang sedang tidur terkejut apabila mendengar jeritan penumpang dan pemandu cuba memperlahankan kenderaan serta merendahkan gear tetapi tidak boleh," katanya yang ditemui di perkarangan mahkamah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong menerusi kenyataan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dipercayai mengalami masalah brek.

"Bas itu bergerak laju ketika menuruni bukit menyebabkan pelanggaran membabitkan 10 kenderaan lain.

"Semua 28 penumpang bas selamat, pemandu dan penumpang kenderaan lain juga selamat kecuali hanya seorang wanita berumur 21 tahun yang kesakitan
di bahagian perut," katanya.
BLM.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena