Saturday, 2 July 2016

[Video] 'Reezal Merican Meroyan' Penyokong Guan Eng komited sudah capai sasaran RM1 juta dalam masa 21 jam.

Sabtu, 2 Julai 2016



Page Liked · 30 mins
Bila kobodohan mengatasi akal, inilah hasilnya..

Baru tau rupa2nya 'Pak Arab' bagi derma 2.6 bilion itu juga merupakan SATU BEBAN orang ramai !!!

Reezal Merican Meroyan DAP Kutip Derma Untuk Jamin Guan Eng


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sepatutnya menanggung sendiri kos ikat jamin RM1 juta dan bukan membebankan orang ramai dengan membuat kutipan derma.

Beliau berkata walaupun DAP yang menganjurkan kutipan derma itu, Lim yang juga setiausaha agung parti sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawab dengan menghalang kutipan derma itu daripada dianjurkan.

"Sebagai contoh beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) juga pernah didakwa di mahkamah ... tidak pula membuat kutipan derma bagi menampung kos ikat jamin," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan bersempena Ramadan dan Aidilfitri di sini hari ini.

Beliau turut mengesa Lim yang menghadapi dua pertuduhan kes rasuah supaya melepaskan jawatan sebagai ketua menteri dan  memberi peluang kepada pemimpin DAP lain di Pulau Pinang mengambil alih jawatan itu.

"Sebelum ini pembangkang sering mendesak kepimpinan BN yang didakwa di mahkamah untuk meletak jawatan, kini Lim juga harus berbuat demikian untuk membuktikan integriti dirinya.

"Sekarang, beliau (Lim) enggan untuk letak jawatan dan ingin terus menjalankan tugas. Kenapa?  Kepimpinan DAP di Pulau Pinang tiada yang berkelayakan ke untuk menjalankan tugas ketua menteri dan hanya beliau seorang sahaja yang layak," katanya.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membenarkan ikat jamin RM1 juta kepada Lim dengan seorang penjamin selepas beliau mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Berikutan kes itu, DAP Pulau Pinang yang diketuai Chow Kon Yeow telah melancarkan kutipan derma daripada orang ramai bagi menampung perbelanjaan wang jaminan itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena