Saturday, 2 July 2016

[Video] 'Provokasi' Mahkamah bebaskan Bilqis 'gadis belon kuning' tuduhan hina PM.

Sabtu, 2 Julai 2016


'Balloon girl'

Image result for Gambar Bilqis 'gadis belon kuning'

AKTIVIS Bilqis Hijjas (tengah) keluar dari mahkamah majistret selepas selesai perbicaraan kes berkenaan berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri, Ogos tahun lalu di Mahkamah Jala Duta, Kuala Lumpur. - Foto Muhd Zaaba Zakeria


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas dan membebaskan seorang wanita yang didakwa berkelakuan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tahun lalu. 

Majistret Muhamad Faizal Ismail membuat keputusan itu terhadap Bilqis Hijjas, 37, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

 Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Akmal Farhan Aziz manakala tertuduh yang dikenali sebagai `gadis belon' diwakili peguam bela, Eric Paulsen. 

Bilqis kelihatan tersenyum sebaik hukuman dibacakan. 

Dia yang juga seorang penari sebelum ini, didakwa melakukan kesalahan itu di aras lima pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang di sini, pada jam 3.15 petang, 31 Ogos tahun lalu. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang boleh dikenakan denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.

BH Online

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena