Demi mencari rezeki yang halal untuk sesuap nasi...mereka lebih mulia dari PM , menteri2 Dan pegawai2 kerajaan yang makan rasuah jutaan ringgit,rompak situ sini...huhu
Bila di depan rakyat punyalah nasihat rakyat jangan boros berbelanja...
TETAPI diri sendiri boros sampai puluhan jutaan ringgit apa cerita !!!
Gila ke apa.. beli bag, bershopping sampai RM24 juta !!
TETAPI diri sendiri boros sampai puluhan jutaan ringgit apa cerita !!!
Gila ke apa.. beli bag, bershopping sampai RM24 juta !!
Universiti di Geneva risau ekonomi Malaysia
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, ahli akademik di luar negara lebih risau terhadap masa depan ekonomi Malaysia akibat skandal 1MDB berbanding ahli akademik di negara ini.
Mohamad berkata, beliau dijemput ke persidangan di sebuah universiti di Geneva yang mengadakan satu persidangan khas membincangkan tentang masa depan ekonomi Malaysia dan kesan skandal 1MDB ke atas negara ini.
"Ahli-ahli akademik di sana amat risau dengan perkembangan di Malaysia kerana kemungkinan pelbagai bahaya yang melanda ekonomi dalam negara ini termasuk kemungkinan menjadi negara bankrap.
"Saya pelik mengapa sebuah universiti asing begitu prihatin terhadap apa yang berlaku sedangkan universiti tempatan langsung tidak menghiraukan perkara ini
dan tidak mendengar apa-apa usaha untuk dibicangkan dan dicadangkan untuk mencari penyelesaian," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Amanah Negeri Terengganu pada Khamis lalu.
dan tidak mendengar apa-apa usaha untuk dibicangkan dan dicadangkan untuk mencari penyelesaian," katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Amanah Negeri Terengganu pada Khamis lalu.
Beliau yang dijemput untuk memberi pandangan tentang rasuah di Malaysia menganggap rakyat negara ini tidak peka dengan perilaku rasuah dalam pentadbiran.
"Semasa di Geneva, seorang penyelidik berkata amalan menyimpan duit tunai seperti yang ditemui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Maalaysia (SPRM) di Sabah baru-baru ini adalah perkara biasa di Malaysia.
"Apa yang pelik orang kita termasuk agamawan kelihatan tidak sensitif terhadap perkara ini," katanya.
Beliau bagaimanapun sedikit lega apabila melihat reaksi orang ramai apabila berlakunya kenaikan harga petrol dan minyak masak secara serentak.
"Bila jelas mulai kena batang hidung barulah kita dapat lihat reaksi orang ramai terhadap kerajaan.
"Kita lihat di media sosial begitu rencam komen-komen yang memperlihatkan kemarahan kepada keputusan kerajaan Datuk Seri Najib Razak," katanya.
Beliau menyeru seluruh lapisan masyarakat menyertai himpunan aman Bersih 5 sebagai tanda protes kepada kerajaan yang semakin menekan rakyat.
"Buktikan kita sudah tidak rela lagi ditipu melayu satu pilihan raya yang tidak bersih dan penuh keraguan," katanya.
Mengulas perkembangan Amanah pula, beliau berkata sambutan orang ramai semakin memberansangkan.
"Apabila kita diberi peluang menyatakan kepada akar umbi mengapa Amanah perlu wujud dan apa asas perjuangan kita, sambutan amat menggalakkan.
"Trend terkini di Kelantan dan Kedah ialah kita penyertaan guru-guru pondok semakin meluas.
"Di Kelantan guru-guru pondok turut berkuliah mingguan di pejabat Amanah Salor yang dinamakan Wisma Tok Guru," katanya.
0 comments:
Post a Comment