Friday, 4 November 2016

[Video "Pemimpin Takut Bini"!] Mengaku sajalah anda sokong pilihan raya kotor.

Sabtu, 5 November 2016

Kami tidak lupa pesanan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz ini.. sebagai tanda membantah ketidakadilan dalam sistem piliharaya negara kita..

Ini bermakna yg membantah tuntutan BERSIH itu adalah yg sama2 bersetongkol bersama2 AMENO & SPR..

AL-FATIHAH..

Mengaku sajalah anda sokong pilihan raya kotor, cabar aktivis Bersih

Aktivis Bersih Mandeep Singh mencabar pihak yang memfitnah gerakan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu untuk tampil menjelaskan pendirian sebenar mereka.
“Apakah pihak yang menentang Bersih ini sebenarnya menyokong rasuah dan bersetuju dengan proses pilihan raya yang kotor? Adakah mereka yang mendesak polis supaya mengenakan tindakan terhadap Bersih menyokong kleptokrasi dan pemerintahan zalim.
“Kalau begitu, mereka harus tampil berterus-terang saja kata, ya kami menyokong rasuah, kami tidak mahu pilihan raya bersih dan adil bukan terus memainkan fitnah,” tegasnya kepada Malaysia Dateline.
Mengulas isu dana asing kepada Bersih yang digembar-gemburkan pihak kerajaan, beliau menjelaskan propaganda jahat itu hanya mahu mengelirukan rakyat daripada fokus sebenar menentang rasuah dan pemerintahan yang zalim.
“Bercakap tentang tajaan dana asing ini, kita harus ingat pelbagai NGO di negara ini termasuk Bersih bukannya menggadai negara seperti didakwa tetapi mempertahankan demokrasi dengan melawan rasuah dan ketidakadilan dalam proses kita bernegara,” jelasnya.
Mandeep sebelum ini pernah ditangkap mengikut Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan iaitu menjalankan aktiviti mengancam sistem demokrasi berparlimen kerana penglibatannya dalam kempen Bersih.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan rakyat supaya tidak perlu gentar dengan pelbagai bentuk ugutan menjelang Bersih 5 pada 19 November ini.
“Rakyat tidak perlu takut. Jangan percaya dengan propaganda rejim. Hubungi Bersih jika mahukan penjelasan sebab kami sedia untuk berdialog dengan mana-mana pihak yang benar-benar inginkan kebenaran bukannya sekadar memekik-mekik,” tambahnya lagi.
Bersih dijangka akan mengambil tindakan undang-undang berhubung tuduhan gabungan itu ditaja oleh jutawan Amerika Syarikat, George Soros.
Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya sedia disiasat dan menegaskan gerakan gabungan itu ditaja oleh rakyat negara ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena