Saturday, 4 February 2017

[Video Minyak Naik - Netizen Troll Najib!] Tak perlu tunggu Pas..."Pas sudah berkompromi dengan 'Perasuah dan Penyalah Guna Kuasa' kerajaan Umno-BN"

Ahad, 5 Februari 2017
Foto Otai BERSIH.
Apa komen rakyat..pada mula2 punya lah maki hamun najib.dapat duit senyap terus.begitu lah kebanyakan melayu...jika kita bersatu hati pasti pru14 bn umno tewas.

Tak perlu tunggu Pas 'layang-layang putus tali'

Husam berkata, Pas sudah boleh berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan Umno-BN
Husam berkata, Pas sudah boleh berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa kerajaan Umno-BN
Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh lagi menunggu Pas yang dilihat sudah boleh berkompromi dengan rasuah dan salah guna kuasa Umno-BN, tegas penasihat Amanah Kelantan Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, pemimpin Pas tidak serius untuk menggantikan kerajaan BN dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) apabila bersikap sambil lewa dalam perundingan dengan Bersatu.
"Baru-baru ini parti ini (Pas) berunding dnegan parti Bersatu tetapi kemudian esok hari keluar kenyataan lain dan kemudiaan mereka bersama dengan perdana menteri nak membantu rakyat Myanmar yang susah. Adakah rakyat Malaysia tak susah?
"Dua hari sebelumnya harga minyak dinaikkan. Kenapa mereka tak bantu rakyat Malaysia yang susah? Ini nak menunjukkan kepada ahli Pas bahawa Pas sudah berjinak-jinak dengan Umno.
"Sewaktu himpunan Rohingya di Stadium Titiwangsa dulu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tak senyum, muka seperti tertekan. Itu pertemuan pertama mungkin dia takut orang Pas marah. Tetapi bersama Najib semalam dia sudah senyum dan bergelak ketawa," katanya dalam ceramah Pakatan Harapan anjuran Amanah Serdang di Bangi malam tadi.
Husam juga berkata, PRU14 lebih mencabar berbanding PRU12 dan PRU13 kerana sikap Pas ibarat layang-layang putus tali dan tidak mahu bersama-sama pembangkang menumbangkan Umno-BN.
"Pada 2008 dan 2013 kekuatan pembangkang disatukan dan fokus kita untuk menggantikan Umno-BN. Kita tahu Umno mesti diganti tetapi sekarang tidak lagi kerana seakan-akan ada satu pembangkang seperti layang-layang putus tali. Tak tahu ke mana nak jatuh. Dia hanya akan jatuh dalam pilihan raya akan datang.
"Kita tidak boleh lagi meletakkan harapan kepada Pas. Saya suka berterus terang.
"Bukan kerana Pas tak ada pengaruh langsung, ada pengaruhnya. Ada saki bakinya kekuatannya tetapi cara berfikir pemimpinnya sudah lari. Sudah mirip kepada asabiyah. Sudah boleh berkompromi dengan kezaliman dan juga kejahatan rasuah," katanya.
Beliau juga hairan terhadap sikap pemimpin Pas yang boleh bermesra dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika rakyat sedang dilanda kesusahan akibat perbuatan kerajaan BN.
"Dalam misi bantuan ke Myanmar, Datuk Tuan Ibrahim boleh senyum dan bermesra dengan Najib, begitu juga Ketua Muslimat Pas, boleh bergelak ketawa.
"Tak ada teguran kepada Najib mengenai rasuah, salah guna kuasa, harga minyak naik, harga barang naik," katanya merujuk kepada kehadiran pemimpin Pas itu ke pelancaran 'Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar' di Klang Jumaat lalu.



Dulu mudah sangat PAS yang sudah menjadu PUS mengkafir kan orang itu dan orang ini juga konon nya membenci rasuah serta penindasan terhadap rakyat marhean. Kini apa sudah jadi bila sanggup bersekongkol dengan puak puak yang pernah di cerca nya dahulu. Kini ternyata bahawa perbuatan meludah ke langit dahulu kini sudah pun jatuh ke muka sendiri.
Saya berharap agar BERSATU lupa kan sahaja hasrat mereka untuk berbaik baik dengan parti yang sudah D'Rail oleh musuh mereka dahulu dengan mengunakan jack bernilai RM90 juta. Elok sahaja kalau BERSATU merangka sesuatu untuk kebaikan rakyat melalui PH. Itu pun kalau benar BERSATU dan PH ingin melihat.UMNO/BN yang sudah semakin rosak di tendang keluar dari menguasai Negara ini saperti mana yang kerap di ucapkan melalui ceramah ceramah yang kerap tersebar emelalui U-Tube.
Saya yakin bahawa PUS yang kerap mengeluar kan kenyataan yang berbeza di antara para pemimpin nya ada lah untuk melenggah lenggah kan sesuatu sehingga PRU 14 juga agar PH tidak berupaya memeterai sesuatu sehingga ke sa'at akhir. Tak kan pehak PH tak nampak permainan parti PUS ini. Dengan itu elok lah pertemuan di antara Mahyuddin dengan Hadi AWang di batal kan sahaja. Ingat, bahawa rakyat mengharap kan pembelaan dari kamu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena