Sunday, 5 February 2017

[Video TAK BOLEH DIAM DAH! Jadi Kayu Dalam Parlimen] Henti kata-kata kesat kepada Pas..."Ini arahan rasmi daripada parti".

Ahad, 5 Februari 2017
Langsung NUNJI'17! Pembentangan bertajuk "Negara Madani dan Referensi kepada Prinsip Islam dan Maqasid Syariah" oleh Prof Dr Jasser Audah.
#NUNJI17
Nunji'17
Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI'17) hari ini melancarkan sebuah buku dan tiga risalah sebagai rujukan masyarakat Islam berkaitan Maqasid Syariah bermodelkan Malaysia.

Henti kata-kata kesat kepada Pas

Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru seluruh ahli dan penyokongnya menghentikan sebarang bentuk penghinaan atau kata-kata kesat terhadap lawan politik mereka termasuk Pas.
Arahan itu dinyatakan setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir pada program Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI) 2017 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam hari ini.
"Maka saya mengarahkan hari ini kepada semua ahli dan penyokong Amanah agar menghentikan segala kata-kata kesat terhadap parti lawan kita termasuk Pas. Ini arahan rasmi daripada parti.
"Jika anda berada dalam group Whatsapp yang menggunakan kata-kata menghina dan kesat, keluar segera dari group itu," katanya.
Terdahu beliau menjadi moderator bagi slot pembentangan kertas kerja ketiga bertajuk "Negara Madani dan Referensi kepada Prinsip Islam dan Maqasid Syariah" yang disampaikan oleh Prof Dr Jasser Audah dari Kanada.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena