Umno masih boleh diharapkan, kata mursyidul am PAS
Pemimpin tertinggi PAS itu mempertahankan tindakan partinya mengambil pendekatan berbaik dengan Umno.
PETALING JAYA: PAS berkata ia memutuskan untuk menjalinkan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana beranggapan parti Melayu itu masih boleh diharapkan berbanding dengan pihak lain yang “anti Islam”.
Mursyidul Am PAS Hashim Jasin menyifatkan pendekatan PAS terhadap Umno itu adalah selari dengan “politik matang” yang diajar Nabi Muhammad.
“Kita memilih antara 2 kemudaratan – bertaawun dengan orang Islam yang zalim atau bertahaluf dengan orang bukan Islam yang keras sikapnya terhadap Islam,” tulis Hashim dalam kenyataan diterbitkan lidah rasmi PAS, Harakahdaily, Sabtu lalu.
FMT.
0 comments:
Post a Comment