Perjuangan maqasid bakal kalahkan takfiri, kata Amanah
Mohamad yakin perjuangan maqasid syariah yang dibawa partinya kalahkan perjuangan berasaskan takfiri di negara ini.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu yakin perjuangan yang dibawa partinya akan menang tidak lama lagi berbanding dengan perjuangan golongan takfiri (suka mengkafirkan pihak lain).
"Pemikiran maqasid syariah akan berlawan dengan pemikiran takfiri, dan pemikiran maqasid akan menang kerana pemikiran takfiri sudah sampai ke hujungnya," kata Mohamad Sabu, Presiden Amanah.
Mohamad berkata demikian ketika berucap di Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah (NUNJI'17) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Shah Alam, Selangor semalam.
Sementara itu, pemimpin muda PKR, Wan Ji Wan Husin dalam perbentangannya pula berkata, berdasarkan sejarah Islam, golongan Khawarij adalah golongan yang menekan soal syariah tanpa hiraukan maqasid syariah.
"Golongan Khawarij menekankan soal syariat tanpa menghiraukan persoalan maqasid syariah. Adapun kita dari golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah menerima syariat mestilah bersekali dengan maqasid syariah," kata Wan Ji Wan Husin dalam program itu.
"Golongan Khawarij menekankan soal syariat tanpa menghiraukan persoalan maqasid syariah. Adapun kita dari golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah menerima syariat mestilah bersekali dengan maqasid syariah," kata Wan Ji Wan Husin dalam program itu.
Nunji'17 yang merupakan kali kedua diadakan selepas penganjuran kali pertama pada 2015 menampilkan beberapa pembentang kertas kerja dalam persidangan sehari ini.
Antara pembentang kertas kerja ialah Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dengan tajuk Kerangka Awal Fiqh Siasi Manhaj Malaysia; Kertas Kerja 2 oleh Ustaz Wanji Wan Husin dengan tajuk Memahami Disiplin Maqasid; Kertas 3 oleh Datuk Prof Dr Siddiq Fadzil dengan tajuk Siasah Syariyyah Dalam Pembentukan Negara Bangsa.
Turut dijemput pembentang kertas kerja ke-4 dari luar negara iaitu Dr Jasser Auda dengan tajuk Negara Madani dan Referensi dalam Prinsip Islam dan Maqasid Syariah.
0 comments:
Post a Comment