Thursday, 17 August 2017

[Video PRU 14 Tun Dr Mahathir & Anwar lwn Najib Rosmah! Cepat saksikan] Rekod menunjukkan Najib adalah diktator kleptokrat, kata Mahathir.

Khamis, 17 Ogos 2017

Rekod menunjukkan Najib adalah diktator kleptokrat, kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad melebelkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak sebagai diktator kleptokrat berbanding dirinya yang pernah dilebelkan sebagai diktator ketika menjawat jawatan perdana menteri dan  lebel  itu  kekal sehingga ke hari ini.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hari ini menulis berkaitan pelabelan yang sering diberikan pihak tertentu terhadap pemimpin politik yang memerintah.
Dr Mahathir berkata, pelebelan adalah salah satu cara berkesan untuk digunakan bagi mengalahkan musuh politik apabila melabel seseorang itu sebagai lebel yang buruk.
Sebagaimana dirinya yang pernah diberikan beberapa label ketika menjadi perdana menteri 22 tahun dan menghadapi lima kali pilihan raya umum dalam negara.
Beliau menceritakam bagaimana pernah dilebelkan sebagai 'ultra Melayu' yang mana beliau anti kepada Cina dan seorang pelampau.
"Tidak kira apa yang saya katakan atau lakukan, mereka semua beranggapan saya sebagai melampau, sebagai ultra, sebagai tipikal ekstremis.
"Saya banyak alami dugaan dengan pelebelan ini.
"Sebaik sahaja label diberi semua orang akan secara automatik menyebutnya ketika bercakap atau menulis tentang anda dan bahkan ketika bercakap dengan anda. Anda tidak akan diberi peluang untuk membantah kerana mereka akan meneruskan soalan atau berbincang seolah-olah label itu benar-benar menggambarkan anda.
"Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghentikan orang ramai, terutamanya orang Cina daripada memikirkan saya sebagai seorang ultra Melayu dan seorang cauvinist.
"Sekali saya berjaya menyingkirkan lebel saya ini dan saya dapat mendapat sokongan Cina yang kuat pada Pilihan Raya 1999 walaupun orang Melayu menolak saya, saya dapat memenangi undi Cina.
"Tetapi malangnya label lain pula tersekat kepada saya oleh pengkritik saya. Saya dilebel sebagai diktator," tulisnya di blognya.
Najib dipetik berkata, pada zaman kepimpinan Dr Mahathir, bekas perdana menteri itu menggunakan mekanisme undi kuota dan undi bonus setiap kali tiba pemilihan parti untuk kekal berkuasa dan mempersoalkan siapa yang lebih diktator ketika menjadi perdana menteri?
"Sekarang Najib memanggil saya seorang diktator. Datang dari dia, penegasan ini tidak masuk akal. Dia tidak pernah membenarkan apa-apa cabaran terhadapnya dalam parti itu.
"Timbalannya telah dipecat dan beliau merancang mengeluarkan anak saya, MB Kedah, menggantikannya dengan salah satu rakan karibnya.
"Sekarang terdapat penapisan media cetak dan elektronik. Dia mengunakan polis untuk menangkap dan menahan orang-orang yang melaporkan kepadanya dakwaan kegiatan jenayah dilakukannya.
"Di bawah Najib, Lembaga Hasil Dalam Negeri menyerbu perniagaan dan menuntut cukai tambahan dikalangan tersenarai hitam. Buku-buku milik perniagaan disita dan dibekukan sehingga perniagaan tidak dapat dilakukan.
"Najib menguatkuasakan undang-undang baru yang memberinya kuasa untuk menahan sesiapa tanpa perbicaraan. Jika orang itu mati, tiada inkues akan dijalankan.
"Dalam Umno, tiada seorang pun yang dibenarkan menentangnya. Malah 1MDB dan RM2.6bilion dalam akaun peribadinya tidak dibenarkan disebut oleh para perwakilan pada mesyuarat agung Umno atau pada bila-bila masa lain.
"Rekod membuktikan Najiblah diktator, diktator kleptokrasi," ujarnya.
Sambung Dr Mahathir lagi seorang diktator tidak akan gagal disebabkan label 'diktator' itu mereka berupaya mendapatkan sokongan 99 peratus jika bertanding dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum sebuah negara, namun ujarnya keadaan itu tidak berlaku terhadap dirinya ketika berkuasa.
"Saya tidak pernah mendapat 99% undi dalam mana-mana pilihan raya. Selalunya pembangkang akan mendapat hampir satu pertiga daripada kerusi. Mereka juga berjaya menakluki beberapa negeri.
"Apabila dicabar dalam pemilihan parti jawatan Presiden Umno saya hanya mendapat margin 43 undi walaupun 80% daripada bahagian itu menamakan saya sebagai calon presiden mereka.
" Saya mengetuai lima pilihan raya umum. Diktator sering tidak mengadakan pilihan raya, atau jika mereka melakukannya, mereka akan memenangi 99% undi.
"Diktator tidak pernah meletakkan jawatannya. Mereka akan mengekalkan tempat mereka sehingga mereka mati. Dan selalu mereka akan digantikan oleh anak-anak mereka.
"Sebaliknya saya meletak jawatan secara sukarela.Tiada diktator yang pernah meletak jawatan secara sukarela atau sebaliknya. Sebagai diktator mereka akan menimbulkan kebencian rakyat. Mereka tahu apabila mereka kehilangan kuasa rakyat akan menyalahgunakan mereka dan menghukum mereka.
"Selepas saya meletak jawatan, walaupun usaha oleh pengganti saya untuk memburuk-burukkan saya, rakyat terus menerima dan menyokong saya. Malah parti-parti pembangkang yang pernah mengutuk saya sanggup menerima saya dan parti yang saya tubuhkaan.
"Mereka juga memilih saya sebagai salah seorang pemimpin mereka yang mempunyai pengalaman diktator ini?," soalnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena