Monday, 21 August 2017

[Video Mat Sabu - SAYANGI MALAYSIA & HAPUSKAN KLEPTOKRASI NAJIB UmnoBN] #SemuaNaik..Tak sia-sia korang undi BN sampai mati! 'Di Malaysia lagi bohong lagi laku'.

Isnin, 21 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
WOWW !!!... #SemuaNaik.. Syukur... betul la kata Najib negara kita berada di landasan yang betul..

Tak mustahil #BR1M juga naik.. Bersyukurlah yer..

Tak sia-sia korang undi BN sampai mati..

'Di Malaysia lagi bohong lagi laku'

Mohamad Sabu konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan
Berbeza di negara Barat yang mengutamakan nilai integriti seperti kejatuhan Bill Clinton sebagai Presiden Amerika Syarikat ekoran ‘Skandal Lewinsky’ pada 1998, lain pula keadaannya di negara ini.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berpendapat individu yang terbukti berbohong di Malaysia dilihat tidak terjejas kedudukannya.
"Bill Clinton mulanya tak mengaku ada skandal dengan Monica. Akhirnya selepas disiasat dia mengaku. Di Barat itu tidak salah, yang salahnya berbohong.  
"Di Malaysia, lagi bohong lagi laku. Seorang ustaz kata azan diharamkan di Pulau Pinang. Tapi kuliahnya semakin laku," katanya.
Shaharuddin Ibrahim
Tahun lalu, Yang Dipertua Pas Padang Serai, Shaharuddin Ibrahim dalam tazkirahnya mengeluarkan kenyataan yang dipetik, "Kalau DAP menguasai negara... nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah tuan-tuan."
Sehubungan itu, Mohamad menyifatkan hal tersebut berlaku kerana soal maruah tidak diberi penekanan dalam masyarakat Islam.
"Ada seorang ustaz kata masjid di Singapura sekarang ditutup sebab Cina memerintah. Padahal, masa Ramadan lalu masjid di Singapura dibuka. Tapi, lagi laku kuliahnya sekarang. 
"Kenapa orang Islam jadi begini?" soal Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu itu dalam ucapan perasmian Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan di Central Plaza, Jalan Sultan Ismail hari ini.
Lantaran itu, beliau menyeru supaya ahli AMANAH mengamalkan prinsip Rahmatan Lil 'Alamin dengan mencontohi negara luar yang dilihat menghampiri akhlak Islam.
Menurutnya, beberapa negara Scandinavia memiliki integriti dan amalan baik yang menuntut tanggungjawab setiap ahli AMANAH untuk mengembalikan nilai-nilai tersebut.
"Bukan kita memuja mereka di negara Barat. Kita kena kembalikan zaman keemasan Islam itu walau mengambil masa. Di negara Eropah, NGO mereka melempar makanan (kepada pelarian).
"Di negara Islam, kita jumpa kubur menanam mayat pelarian secara beramai-ramai di sempadan Malaysia-Thailand," ujar Mohamad lagi.
Commentsmilo0panas1 Parti lebai tu mmg bergelumang dgn pembohongan. Lihatlah pendirian2 hadi dan pewalak2nya.1. 1MDB - seantero alam sedang membicarakannya. Bila DOJ mengambil tindakan sivil atas dasar penggubahan wang haram mengikut undang2 amerika, hadi kata jgn biarkan campur tangan asing. MDB adalah isu kehilangan wang negara/rakyat, tapi pas berbohong dgn menjadikan isu ini sebagai isu campur tangan asing. Bila desakan rakyat semakin kuat & parti lebai bimbang kehilangan pengaruh, tuan ibrahim kata yg penting ialah pelan rasionalisasi kanda kandasamy! Bagaimana dgn duit rakyat yg dah hilang? Oh..itu perkara yg telah berlaku, menangis pun tak guna.2. RUU 355 - lebai2 pas sabda wajib sokong kerana ia undang2 islam. Ada lebai mereng kata kalau tak sokong di parlimen, boleh kebumi kat jirat cina. Ada yg nak sekeh mufti lagi. Apabila org bukan islam tanya ini hudud ke? Hadi kata bukan hudud. Tapi bila audiennya org2 islam saja seperti di surau dan masjid, lebai2 penceramah kata ini hudud! Hiduplah pas siang malam dgn pembohongan mereka utk mendapat undi.3. RUU 164 - dalam keghairahan utk mendapat mileage, lebai riduan md nor kata hanya pas yg menentang pindaan kerana pas saja yg 'memperjuangkan islam'. Parti lain semua tak boleh harap. Artikelnya siap keluar dlm harakah (nota: idris ahmad kata kalau nak dpt berita yg tidak bohong tentang pas, bacalah harakah!). Tulisan riduan phd itu 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena