PR1MA: Hanya 8,475 dari janji 500,000 terbina, PKR kata BN bohong
Ahli Parlimen Sim Tze Tzin berkata Barisan Nasional dalam manifesto 2013 berjanji untuk membina 1 juta rumah mampu milik termasuk 500,000 rumah PR1MA.
KUALA LUMPUR: Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) menuduh kerajaan persekutuan Barisan Nasional berbohong kepada pengundi dan gagal menunaikan janji mengenai isu perumahan mampu milik.
Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulis di Parlimen mendedahkan hanya 8,475 unit kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) siap dibina daripada 500,000 unit yang dijanjikan sejak 3 tahun lalu.
“Dalam manifesto 2013, BN janji menyediakan rumah mampu milik dan ia merupakan manifesto utama – membina 1 juta rumah mampu milik yang digerakkan pihak swasta, termasuk 500,000 rumah PR1MA.
“Realiti yang sangat mengejutkan sebab kita menaruh harapan bahawa 1 juta rumah mampu milik siap dibina, 500,000 adalah rumah PR1MA. Orang tunggu lama, sokong BN dan percaya dapat rumah mampu milik,” katanya pada sidang media hari ini.
FMT.
BN belum tunai janji bina 1 juta rumah mampu milik, kata DAP
Janji membina sejuta rumah mampu milik itu diumumkan 4 tahun lalu.
KUALA LUMPUR: DAP mendakwa Barisan Nasional (BN) masih belum membina sejuta rumah mampu milik di seluruh negara seperti yang dijanjikan 4 tahun lalu dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt berkata kerajaan setakat ini hanya membina kira-kira 240,000 unit rumah mampu milik.
“PRU14 akan diadakan dalam tempoh kurang dari setahun lagi. Berapa unit rumah mampu milik lagi yang kerajaan persekutuan boleh siapkan?
“Bahkan, di Sabah sahaja, hanya 17,665 unit rumah mampu milik disiapkan berbanding sasaran 72,310 unit,” kata Wong kepada wartawan di Parlimen hari ini.
Wong dalam pertanyaan bertulis meminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyatakan bilangan unit rumah mampu milik yang sudah dibina.
FMT.
0 comments:
Post a Comment