Monday, 14 August 2017

[Video 'Tindakan BIADAP!' Muhyiddin mahu tahu siapa 'real culprit' cetus kecoh] N2H 2.0: Polis tahan tiga suspek & APA YANG BUDAK BERUSIA 17 HINGGA 19 TAHUN FAHAM TENTANG MEMALI?

Isnin, 14 Ogos 2017

Nothing To Hide 2.0: Polis tahan tiga suspek, penganjur dipanggil
Ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Foto Sinar.TV

SHAH ALAM : Tiga suspek ditahan polis susulan kekecohan yang berlaku semasa program Nothing To Hide 2.0 di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

"Dua orang daripada mereka memakai baju-T merah berlambang Armada dan seorang baju-T hitam. Umur 17-19 tahun, dua orang daripada mereka ini adalah pelajar kolej swasta.

Harits Asyraf HasnanAstro Awani

APA YANG BUDAK BERUSIA 17 HINGGA 19 TAHUN FAHAM TENTANG MEMALI?

Kalau diperhatikan, kejadian kekecohan dalam program Nothing To Hide 2.0 semalam tercetus ketika Tun Mahathir Mohamad sedang menjawab soalan mengenai peristiwa Memali.
Mereka dikatakan tidak puas hati dengan jawapan Tun Mahathir berhubung persoalan itu yang antaranya mengaitkan dengan SOP polis untuk bertindak balas apabila ada anggotanya diserang.
Belum pun Tun Mahathir habis memberikan jawapan, tiba-tiba terdengar jeritan yang antaranya perkataan"Kutty" dan kemudian dengan pantas selipar, kasut, botol dan kerusi dilihat  berterbangan di sana sini.
Seterusnya bom asap juga dilemparkan ke beberapa sudut dalam Dewan Raja Muda Musa di mana berlangsungnya program Nothing To Hide 2.0 itu.
Berikutan itu, tiga remaja bawah umur yang berusia 17, 18 dan 19 tahun telah ditahan oleh pihak keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis.
Ketiga-tiga remaja terbabit, walaupun didapati memakai baju T  Armada, tetapi mereka disahkan bukanlah ahli Bersatu.
Sudah tentu ada orang yang membelikan dan menyuruh mereka memakai baju T Bersatu sebagaimana yang mereka pakai itu.
Soalnya, siapakah ketiga-tiga remaja itu?
Kenapa mereka yang sebegitu muda boleh jadi marah, emosional dan cuba merusuh akibat tidak puas hati dengan jawapan Tun Mahathir berhubung tragedi Memali?
Apa yang mereka tahu dan faham tentang Memali sedangkan ketika tragedi itu berlaku, mereka belum pun lahir lagi ke dunia ini?
Tragedi Memali berlaku pada November 1985 tetapi ketiga-tiga remaja tersebut lahir pada tahun 1998, 1999 dan 2000?
Tidak menuduh, tapi logiknya, jika tidak diupah dan tanpa diberi sedikit dedak, adakah mungkin mereka secara sukarela sanggup berbuat demikian?
Apakah alasan lain untuk ketiga-tiga remaja itu sedia melakukannya?
Jika mereka juga yang terbabit membaling kasut dan selipnar, adakah saja-saja mereka sanggup keluar dewan dan pulang ke rumah dengan hanya selipar dan kasut sebelah saja?
Siapakah "tauke" yang akan membelikan kasut dan selipar baru untuk mereka?
Mari kita main teka-teki mencari siapakah "tauke" yang baik hati dan pemurah itu? (ShahbudinHusin 14/08/2017)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena