Video: Pemimpin Tertinggi PPBM Bebas Dari Lokap SPRM
KUALA LUMPUR – Seorang anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditahan berhubung dengan siasatan rasuah telah dibebaskan pada pagi ini.
Tertuduh, Zahid Mat Arip yang merupakan bekas pegawai khas mantan Pengerusi Felda Muhammad direman berhubung kes pembelian Hotel Merdeka Palace oleh Felda Investment Corporation di Kuching Sarawak.
SuaraTV.
Menakutkan Rakyat Adalah Amalan Umno BN Yang Penakut
Oleh YB Aminuddin Harun
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengenai penafian Umno BN mengamalkan politik menakutkan rakyat sepetimana yang diucapkan pada 29 Julai lalu di Persidangan Umno Bahagian Parit jelas menunjukkan bahawa Presiden Umno ini melakukan pembohongan secara terang-terangan.
Realitinya, Umno BN sejak merdeka lagi telahpun mengamalkan politik menakut-nakutkankan rakyat melalui propaganda media yang berat sebelah dan memfitnah pembangkang. Umno begitu sinonim dengan memomokkan orang Melayu supaya berasa fobia dan takut kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan kehilangan kuasa Melayu dan Bumiputera.
Hakikatnya, Umno BN hari ini begitu menyusahkan bukan sahaja Melayu, bahkan sebahagian besar 32 juta rakyat Malaysia. Disamping pengenalan pelbagai cukai yang membebankan kehidupan seharian rakyat, Umno BN kini terpalit dengan pelbagai skandal .
Isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), tatakelola teruk FELDA, kerugian saham Tabung Haji dan KWSP, skandal pembelian hartanah MARA dan bumiputera Johor, serta penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPeIM). Kesemua ini adalah bukti jelas menunjukkan Umno BN sendiri yang memberi masalah kepada institusi-institusi negara, bukannya DAP dan komponen parti pembangkang yang lain.
Amalan ‘baling batu sembunyi tangan’ telah sinonim dengan kamus kehidupan Umno BN. Media-media utama telah menjadi senjata propoganda untuk menakutkan rakyat.
Begitu takutnya Najib Razak akan berlakunya pertukaran pentadbiran kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, sedangkan Perlembagaan Persekutuan membenarkanya atas prinsip Demokrasi Raja Berpelembagaan. Adakah Najib mahu menafikan hak yang telah termaktub di dalam perlembagaan?
Untuk membuktikan bahawa Umno BN tidak bermain ‘politics of fear’, kerajaan sepatutnya mengimplimentasi amalan media bebas dan adil. Rata-rata media utama yang wujud pada hari ini adalah dimiliki oleh golongan korporat pro-Umno BN. Media utama telah menjadi saluran ‘propaganda menakutkan rakyat’ terutama kepada penduduk luar bandar yang tidak dapat mengakses media alternatif.
Izinkan Pakatan Harapan dan juga media-media alternatif yang lain untuk menjadi sebahagian media utama negara. Wujudkan platform media yang baharu agar rakyat mampu menilai hujah ahli politik mengenai keadaan semasa negara, terutama mengenai ekonomi dan polisi.
Sudah tiba masanya Malaysia menuju ke arah politik yang membijakkan rakyat, bukannya bermain tohmahan negatif semata-mata untuk menakutkan rakyat untuk melaksanakan perubahan yang lebih baik.
Persoalannya, beranikah Umno BN untuk menerima pakai konsep media bebas dan meninggalkan amalan politik yang selama ini menakutkan dan memperbodohkan rakyat?
Umno BN hanyalah parti bacul yang sentiasa mahu menjadi jaguh kampung, sedangkan percakapan mereka hanyalah ‘indah khabar dari rupa’. Mahu tidak mahu, rakyat wajib tumbangkan Umno BN daripada terus membawa bala kepada negara pada PRU yang akan datang.
YB Aminuddin Harun
ADUN Sikamat
Pengerusi KEADILAN Negeri Sembilan
Parti KEADILAN Rakyat
Pakatan Harapan
#BinaSemulaNegara
KDL.
KDL.
0 comments:
Post a Comment