Wednesday, 23 August 2017

[Video Tabung Memali disonglap? Ini jawab Mat Sabu] AMANAH sokong RCI Memali & Amanah bimbang budaya takfiri yang berasaskan Amanat Hadi!

Rabu, 23 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
Biar Gambar Berbicara..

MASIH INGAT..

"PAS merupakan Parti Allah kerana bermatlamatkan perjuangan menegakkan negara Islam" -Presiden PAS Hadi Awang semasa majlis ceramah PAS di Jertih pada 29 Julai 1986.

AMANAH sokong RCI Memali, sedia beri keterangan jika dipanggil

 | HAZAYANI ZAKARIA
Sidang media AMANAH Memali
Parti AMANAH Negara (AMANAH) menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali pada tahun 1985 dan mahu ia diperluas kepada isu-isu yang meibatkan kepentingan negara yang lain sperti skandal 1MDB.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata pihaknya bersedia memberikan keterangan kepada RCI jika dipanggil kerana ia adalah forum terbaik menghuraikan kekeliruan rakyat berkaitan isu itu.
"Penubuhan RCI akan menamatkan polemik isu ini supaya pihak kerajaan lebih telus dan bertanggungjawab dalam menangani isu ini dan bukan menjadikannya senjata politik terhadap musuh-musuh politik menjelang PRU14 ini," katanya pada sidang media di Wisma AMANAH Negara hari ini.
Pelbagai pihak termasuk Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendesak RCI berkaitan Memali ditubuhkan dan disambut baik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, penubuhan RCI ini akan menjawab segala punca dan fakta sebenar peristiwa hitam itu yang yang menyaksikan kehilangan 14 nyawa orang awam dan empat nyawa pihak berkuasa.
"Tuduh menuduh dan saling menyalahkan pihak tertentu akan mengeruhkan salah faham berhubung isu ini," katanya.
Bimbang budaya takfiri
Beliau berkata, AMANAH memandang serius kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bahawa punca peristiwa Memali adalah disebabkan 'Amanat Hadi' seperti yang diumumkan dalam kertas putih yang dibentangkan di parlimen pada tahun 1986.
"Tindakan pihak polis yang dikatakan bertindak melangkaui batas undang-undang juga memerlukan penyiasatan dan penelitian lanjut agar pihak polis diberikan panduan yang lebih adil dan profesional dalam bertindak menangani situasi tegang," katanya.
Selain itu, Salahuddin mencadangkan terma rujukan utama siasatan RCI berkaitan Memali ini adalah 'mengkaji kesan faham takfiri yang berasaskan Amanat Hadi yang mencetuskan peristiwa Memali' supaya kesan negatifnya dapat diberikan penyelesaian.
"Saya juga melahirkan kebimbangan tentang budaya takfiri yang semakin menular dalam masyarakat hari ini terutamanya dalam kalangan orang Mealyu Islam.
"Maka terma ini harus digunakan agar kesan negatif Amanat HAdi kepada penyatuan masyarakat Melayu Islam dapat diteliti, dikaji, dihuraikan dan diberikan solusi," katanya.
Turut bersama pada sidang media itu ialah Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Mohd Anuar Tahir, Pengarah Komunikasi Khalid Samad dan Ketua Angkatan Wanita Nasional (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena