Sejuta Orang Dijangka Hadir Bersih 6 Di Dataran Merdeka 17 Mac Ini
Pakatan Harapan akan menganjurkan himpun Bersih 6 di Dataran Merdeka pada 17 Mac ini. Himpun yang dianggar bakal menjadi paling besar dalam siri penganjuran demonstrasi tersebut akan diketuai Pengerusi Pakatan Harapan dan bakal Perdana Menteri (sementara) Malaysia, Tun Mahathir Mohamad.
Atas desakan rakyat yang tertindas dalam mengharungi keadaan ekonomi dan tekanan hidup yang semakin mendesak di negara ini, himpun tersebut akan diadakan pada cuti sekolah bagi memudahkan para demonstran turun beramai-ramai bersama keluarga masing-masing.
Tidak seperti demonstrasi yang diadakan sekitar 1998 hingga 2001 dahulu, demonstran tidak perlu bimbang kerana polis pada zaman Najib ini jarang bertindak ganas dan dengan itu adalah selamat untuk membawa keluarga termasuk anak kecil hadir.
Dengan itu, mampu mencukupkan jumlah satu juta orang yang diharapkan untuk meramaikan himpun tersebut dan seterusnya memberi mesej kepada Najib agar memberi pilihanraya yang bersih untuk rakyat.
January 30, 2018 by Suara Kebenaran
0 comments:
Post a Comment