Tuesday, 27 February 2018

[Video Rara: Pelbagai Insentif Rakyat Selangor P Pinang Dapat TV3 Najib Umno Takut Siarkan] Indeks Rasuah M'sia Terburuk DIBAWAH NAJIB & KONFLIK DALAMAN Pas semakin parah? Selepas terdedah rakaman audio, Nasrudin ungkit nilai persahabatan dalam Pas.

Rabu, 28 Februari 2018


Foto Rafizi Ramli.
Malaysia mencatat penurunan sebanyak 6 tangga dan kini berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara dalam indeks rasuah dikeluarkan oleh badan ketelusan antarabangsa, Transparency International (TI), prestasi yang terburuk sejak 5 tahun lepas.
#TolakRasuah

Selepas terdedah rakaman audio, Nasrudin ungkit nilai persahabatan dalam Pas

Selepas tersebarnya rakaman audio yang dikatakan suara seorang AJK Pas Pusat yang mengaku parti itu bekerjasama dengan Umno, Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan mengungkitkan nilai persahabatan dalam parti itu.
“Tiada yang lebih indah berbanding sebuah persahabatan yang diikat kukuh dengan nilai ukhuwwah Fillah,” tulis ahli parlimen Temerloh itu dalam Facebooknya yang dipercayai ada kaitan dengan rakaman sulit tersebut.
“Persahabatan inilah menguatkan saf perjuangan dari ancaman pelbagai anasir yang merosakkan amal jamaei dan thiqah berjamaah,” tambah beliau dalam tulisan itu ketika rakaman audio menjadi tular dalam laman sosial.
Dalam rakaman itu, suara yang didakwa seorang AJK Pas Pusat itu mengaku Pas menerima duit dari Umno termasuk RM2 juta semasa pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.
Beliau turut mengaitkan perkara itu dengan pimpinan parti yang lain termasuk presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini, Naib Presiden Amanah, Husam Musa mendakwa beliau menerima rakaman audioberkenaan dan akan diedarkan sebelum pilihan raya.
Dalam ceramahnya di Kota Bharu, Husam Musa mendakwa mempunyai bukti pengakuan ini dan pihak yang membuat pengakuan itu meminta agar ia jangan disebarkan atau “akan disumpah menjadi abu.”
Ekoran itu, seorang ahli Pas di Kuala Terengganu telah membuat laporan polis mengenainya.
KONFLIK DALAMAN
Audio rakaman berdurasi 2.3 minit dikesan mula tersebar.
Menurut Nasrudin, jamaah (Pas) menjadi ceria dan anggotanya gembira apabila orientasi organisasinya berlandaskan nilai persahabatan yang menepati piawaian yang dikehendaki oleh sebuah Gerakan Islam.
“Sebaliknya mendung akan mengiringi sepanjang sessi atau musim andai jamaah kehilangan nilai persahabatan ini.
“Tentu sahaja krisis serta konflik mudah tercetus dan paling tidak ‘perang dingin’ sesama anggota akan wujud apabila makna sebuah persahabatan tercalar atau dibiarkan tercemar dek pelbagai virus negatif yang menular dikalangan anggota,” tulis Nasrudin yang dipercayai ada kaitan dengan pendedahan rakaman ini.
Ini kerana, hanya pihak yang dekat dalam Pas sahaja terlibat dalam pertemuan dengan AJK Pas pusat yang mendedahkan hubungan Pas dengan Umno tersebut.
Menurut Nasrudin, semua anggota Pas memahami betapa jamaah yang gersang dari nilai dan erti persahabatan yang dikehendaki oleh Islam ini akan mendorong berlakunya kepincangan dalam pelbagai organ parti.
Antaranya, kata beliau, saling curiga mencurigai antara satu sama lain dalam apa jua penampilan dan aktiviti.
Lalu, katanya, mewujudkan suasana suram dan resah dikalangan pendokong jamaah. Saling tidak mempercayai.
Berlaku juga tikam belakang, cantas, bocor rahsia dan menjatuhkan imej akan menjadi saraf yang digerakkan sesama sendiri demi survival karier politik kononnya demi jamaah.
“Wujud team yang saling bertembung antara satu sama lain dan kemudiannya berlaku _tajrih_ atau serangan peribadi yang tidak wajar sesama anggota jamaah,” katanya.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena