Pendedahan berkaitan Pas sedang berpakat dengan Umno semakin panas apabila wujud satu taklimat mengenai perkara itu secara tertutup dan sulit. Naib Presiden AMANAH, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman taklimat berkenaan dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.
“Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.
“Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok malam tadi.
Dari rakaman itu katanya dapatlah diketahui bahawa Pas sudah bekerjasama dengan Umno.
“Pas sudah ambil duit Umno. “Termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak, ambil duit daripada Umno,” katanya.
Tumpang sekole.
0 comments:
Post a Comment