Monday, 19 February 2018

[Video Rakyat Benci Kerajaan Bukan Berita Palsu] "Pas dah tak mampu nak selamatkan Umno lagi".

Selasa, 20 Februari 2018

Related image
Pemimpin PAS dan UMNO dilihat bersatu menjamu selera bersama-sama.

Pas tak mampu selamatkan Umno, kata MP Kluang

Pas tak mampu selamatkan Umno, kata MP Kluang
Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (gambar atas) berkata, Pas sebenarnya tidak mampu menyelamatkan Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang seperti tanggapan banyak pihak.
Kata beliau, ramai yang berkata jika berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti dan jika jumlah penyokong tegar Pas tidak merosot, dan jika pengundi yang membenci Najib beralih menyokong Pas, maka Umno akan menang.
“Kedua-duanya itu adalah “jika” yang besar,” kata beliau dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Menurut beliau, pengkalan sokongan Pas sudah mengecil kerana jika tidak, Pas tidak akan bimbang tentang kemungkinan kalah di Kelantan.
Pengundi-pengundi yang benci kepada Najib juga sedar bahawa Presiden Pas, Abdul Hadi Awang kini berbuat apa yang dikehendaki Najib, katanya.
“Tidak ada siapa yang akan mensia-siakan undi. Jangan anggap pengundi boleh ditipu dengan strategi pertandingan tiga penjuru yang akan mengekalkan kuasa Umno dan Najib.
“Malah jika Pas masih menjadi faktornya, Pas masih tidak mampu menyelamatkan Umno di Kedah, Johor dan Sabah,” tambah Pengarah Pendidikan Politik DAP Nasional itu.
Di Kedah katanya, Pakatan Rakyat kalah enam kerusi dalam 2013 berbanding 2008 dan sokongan Melayu kepada Barisan Nasional (BN) meningkat 6 peratus atas faktor Mukhriz Mahathir dan Tun Dr Mahathir dan sentimen anti Azizan Razak (Menteri Besar waktu itu).
Sekarang, tambahnya lagi, faktor Mukhriz-Mahathir berada di pihak Pakatan Harapan (PH).
“Selain kerusi yang berjaya dialihkan oleh Mukhriz kepada BN pada 2013, yang kini akan ditandingi PH, pengkalan Mahathir di Langkawi dan Kubang Pasu, begitu juga pengkalan di Jerlun cukup kompetitif untuk pertama kali dalam sejarah.
“Terdapat kemungkinan realistik bahawa BN akan kalah antara tujuh dan 10 kerusi Parlimen di Kedah.
“Faktor Pas tidak begitu penting di situ,” katanya.
Berhubung Johor tambahnya, daripada 26 kerusi Parlimen, PH mempunyai enam kerusi sekarang iaitu Bersatu 1, PKR1 dan DAP 4.
“Daripada baki 20 kerusi, 10 daripadanya adalah kerusi marginal dalam 2013, dan Ayer Hitam bukan dalam senarai pada waktu itu tetapi sekarang ia adalah kerusi kompetitif biarpun sukar.
“Sekali lagi, Pas tidak menjadi faktor di Johor,” kata beliau.
 Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena