Ahli PAS minta polis siasat bukti partinya terima duit Umno
Ahli PAS terbabit berkata, dakwaan parti Islam itu menerima duit daripada Umno adalah satu pembohongan untuk menjatuhkan kredibiliti parti politik itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2018.
SEORANG ahli PAS membuat laporan polis selepas Naib Presiden Amanah, Husam Musa mendakwa beliau ada bukti rakaman yang mendedahkan PAS mengambil duit dari Umno dan menjalin kerjasama politik dengan parti itu.
Ibrahim Harun membuat laporan polis di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu semalam berdasarkan tulisan seorang pengguna Facebook yang memetik kenyataan Husam mengenai perkara tersebut.
Dalam satu ceramah di Kota Bharu minggu lalu, Husam dilaporkan berkata: "PAS sudah ambil duit Umno termasuk dalam pilihan raya negeri Sarawak. Saya ada bukti dan rakamannya. Jangan risau."
Husam membuat dakwaan itu semasa berceramah di Kota Bharu 18 Februari lalu.
"Saya sebagai ahli PAS ingin pihak polis menyiasat perkara ini untuk menilai sejauh mana kebenaran atau sekadar fitnah/tohmahan darinya kerana saya percaya perkara ini adalah satu pembohongan untuk menjatuhkan kredibiliti parti politik PAS," kata Ibrahim dalam laporan polisnya itu.
Dalam ceramah itu, Husam Musa berkata beliau memiliki rakaman satu taklimat berkenaan isu itu dan bersedia mengeluarkannya apabila hampir pilihan raya.
"Saya ada rakaman itu dan pemimpin itu akan tahu saya benar-benar memilikinya.
"Ini kerana pemimpin berkenaan menyebut dalam rakaman itu kalau ada sesiapa bocorkan dia akan disumpah jadi abu,” katanya ketika berucap merasmikan Bilik Operasi Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Dun Kadok, minggu lalu.
Menurut Husam, rakaman audio itu jelas menunjukkan bahawa PAS sudah bekerjasama dengan Umno.
TMI
KENAPA MASIH RAGU DENGAN KESETIAAN PEMIMPIN DAN AHLI UMNO...
Acapkali menjelang pilihanraya, acapkali pemimpin turun padang...ahli dan pemimpin kecil diingatkan supaya setia dengan parti, prihatin pada rakyat....
Singkap rekod dan sejarah.. Belum pernah ada dalam sejarah ketua cawangan umno terima rasuah 2.6B...
Belum pernah ada dalam sejarah ketua pemuda cawangan umno bawa isteri naik jet peribadi makan angin..
Belum pernah ada dalam sejarah ketua cawangan umno pelihara lembu dalam kondo..
Banyak lagi yang cawangan dan akar umbi "belum pernah" melakukan sesuatu yang mencemar nama parti, bangsa dan negara hingga busuk seluruh dunia...
Yang curang, khianat adalah pemimpin atasan...
# Atas prinsip menyokong 100% cadangan kerajaan melaksanakan akta fake news, mana² hujah palsu, denial sindrom dan pembohongan akan dipadam.

Posted by Kluangman
0 comments:
Post a Comment