Monday, 26 February 2018

[Video Pertembungan 3 Penjuru, Siapa Pilihan Rakyat?] Mengundi Kali Pertama Lepas 46 Tahun Kerana Mahathir.

Selasa, 27 Februari 2018

Image result for Foto Pangkah BN atau Pakatan Harapan

MENGUNDI KALI PERTAMA LEPAS 46 TAHUN KERANA MAHATHIR


Semasa menjadi perdana menteri kerajaannya mengundang kagum yang meluas, selain tidak kurang juga kecaman ekoran gaya Tun Dr Mahathir itu yang biasanya ‘keras’.
Kini watak yang sama dijadikan andalan Pakatan Harapan untuk mencipta sejarah mengetepikan BN buat kali pertama daripada kerajaan pusat.
Kerana Dr Mahathir ada pihak yang menggerakkan kempen merosakkan undi, selain kumpulan lain terus mencurigainya.
Namun bagi seorang lelaki yang bakal mengundi untuk kali pertama semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, Dr Mahathir menjadi sebab untuk dia menyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kata Tony Ang kekagumannya kepada Dr Mahathir wujud sejak sekian lama malah sebelum dia berkesempatan bertemu dengan pengerusi HARAPAN itu semalam.
“Dia idola saya,” kata lelaki berusia 46 tahun itu ketika ditemui di Krubong, Melaka.
Ang berada di situ untuk bertemu dengan Dr Mahathir yang memang dijadualkan melawat kawasan berkenaan.
Dilihat mengenakan topi dengan lambang bunga raya Ang tidak menyimpan curiga terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) walaupun ia adalah pertubuhan yang hanya menerima bukan Melayu sebagai anggota bersekutu.
Semasa bertemu dengan Dr Mahathir, Ang membawa bersamanya satu bingkai berisi empat keping gambar. Antara gambar itu terpapar imej Ang dan isterinya bersama Dr Mahathir.
Daftar sudah, tunggu mengundi
Gambar berkenaan dirakam 15 tahun lalu dan Dr Mahathir menurunkan tandatangan buat pasangan terbabit.
Semalam Ang hadir untuk mendapatkan tandatangan bekas perdana menteri berkenaan sekali lagi. Dan Dr Mahathir tidak menghampakan Ang.
Gambar yang dibawa itu dirakam semasa Dr Mahathir melawat Papua New Guinea pada 2003 – dan ia adalah lawatan rasmi beliau ke luar negara sebagai perdana menteri.
Dr Mahathir berundur dari jawatannya sebulan kemudian.

Kata Ang dia bekerja sebagai pengurus sebuah pasar raya di Papua New Guinea dan – seperti semua warga Malaysia lain – hadir ke majlis dihadiri Dr Mahathir selepas mendapat jemputan daripada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di negara berkenaan.
Ang menghabiskan masa selama 25 tahun di Papua New Guinea sebelum kembali ke Malaysia tiga tahun lalu dan membuka sebuah restoran.
“Saya letak gambar ini di rumah. Hari ini saya datang untuk berjumpa beliau sekali lagi, nak dapatkan tandatangan,” katanya.
Dia juga tidak pernah mengundi dalam mana-mana PRU di negara ini kerana menghabiskan masa di luar Malaysia.
Kali ini Ang berkata dia akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai warganegara dan mengundi untuk menentukan masa depan negara.
“Saya sudah mendaftar, dan akan mengundi BERSATU. Saya mengagumi Dr Mahathir.
“Saya suka benar cara dia bercakap, gaya pendekatannya – itu membuat saya kagum kepada beliau,” katanya.
Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu melawat Melaka semalam dan singgah di beberapa lokasi dengan acara kemuncaknya berlangsung di sebuah ceramah di Alor Gajah.
Melaka pada umumnya bukanlah sebuah negeri yang mempunyai pengaruh pembangkang yang meluas.
Sokongan utuh yang membolehkan BN terus kekal berkuasa di negara itu datang daripada kawasan luar bandar dan pengundi Melayu.
Kali ini kemunculan BERSATU diharap dapat mengubah keadaan dengan menarik sokongan pengundi Melayu kepada parti berkenaan.
Pada PRU ke-13 pembangkang hanya memenangi tujuh daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka.
Enam daripadanya oleh DAP dan satu PAS. Kerusi berkeanan kebanyakannya terletak di kawasan bandar atau separa bandar.
– M’kini
 Malaysia Chronicle

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena