Wednesday, 16 January 2019

[Video Bekalan Air Di Sabah Tak Selamat Diminum?] Parti politik diingatkan jangan pasang bahan kempen di premis TNB! Boleh didakwa dan didenda mengikut peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).

Khamis, 17 Januari 2019

Parti politik diingatkan jangan pasang bahan kempen di premis TNB

Parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands diminta tidak memasang bahan kempen di premis atau pepasangan elektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
TNB dalam kenyataan medianya berkata perbuatan memasang bahan kempen di premis milik syarikat utiliti itu adalah berbahaya dan berisiko mengakibatkan renjatan elektrik dan percikan arka yang boleh merosakkkan benda dan mengancam nyawa.
"Larangan ini termasuk menampal atau menggantung bahan-bahan kempen seperti poster, bendera dan sepanduk di menara penghantaran, tiang elektrik, peti pembekal, pencawang, tiang elektrik konkrit dan talian atas.
"Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak memegang, membawa atau memasang tiang bendera di bawah mana-mana talian penghantaran elektrik yang boleh menyebabkan renjatan elektrik pada mereka yang berada berhampiran.
"Pemasangan bahan kempen tersebut juga boleh menghalang kakitangan TNB untuk mendapat akses bagi kerja penyelenggaraan dan pemulihan bekalan," menurut kenyataan itu.
TNB menambah, mereka yang melakukan perbuatan itu boleh didakwa dan didenda mengikut peruntukan Seksyen 37, Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta 447).
Syarikat utiliti itu juga menambah akan menurunkan bahan kempen pilihan raya yang berisiko mendatangkan bahaya dan orang ramai yang melihat kejadian itu boleh menghubungi Facebook TNB CareLine atau 15454 untuk tindakan sewajarnya.
-- Bernama
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena