Thursday, 3 January 2019

[Video Dr Rozaimi Ramle: Imam di Perlis Tak Saman Bila Dipecat?] Kami dipecat mungkin kerana qunut, Yasin malam Jumaat.

Khamis, 3 Januari 2019
Image may contain: 3 people, people smiling
TS.

'Kami dipecat mungkin kerana qunut, Yasin malam Jumaat'

Pemecatan imam-iman di Perlis dispekulasi mempunyai kaitan dengan amalan agama negeri itu yang berbeza dengan negeri-negeri lain.
“Katanya, pemecatan tersebut mungkin disebabkan mereka mengamalkan bacaan zikir selepas solat, doa qunut, bacaan Yasin pada malam Jumaat serta selawat ketika solat tarawih” menurut laporan Utusan Malaysia.
Akhbar itu memetik salah seorang imam dari Masjid Batu Dua, Kangar yang enggan namanya didedahkan.
Perlis satu-satunya negeri yang tidak terikat secara khusus dengan salah satu mazhab fikah. Negeri-negeri lain di Malaysia mengikuti Mazhab Shafie.
Perbezaan itu sering membuatkan negeri Perlis digelar sebagai Wahabi. Gelaran ini bagaimanapun ditolak oleh raja dan alim ulama negeri.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (Jaips) hari ini dilapor menamatkan perkhidmatan 25 imam dan menukarkan 10 lagi iman ke kariah lain berkuat kuasa 1 Januari.
Tiada alasan diberikan dalam surat pemecatan itu, yang turut dilihat Malaysiakini.
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau akan menjawab perkara itu malam ini secara langsung.
Pada 25 Julai tahun lalu, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah sekiranya masjid-masjid merasakan ajaran yang dipraktikkan mereka selama ini benar, mereka boleh berjumpa dengan mufti serta merujuk al-Quran mengenai perkara itu.
Sementara itu, salah seorang imam yang dipecat juga berkata mereka tidak dipanggil atau diberikan amaran terlebih dahulu.
“Amalan seperti selawat, surah Yasin sememangnya menjadi amalan jemaah sejak dahulu dan kita mengikut kemahuan mereka.
“Di Perlis ini, kira-kira 10 daripada keseluruhan 100 buah masjid di negeri ini dikatakan tidak sealiran dengan jabatan agama daripada sesetengah perkara seperti doa qunut, zikir dan bacaan Yasin.
“Yang lain kita ikut cara yang ditetapkan jabatan agama ini termasuk menggunakan teks khutbah Jumaat yang disediakan mereka,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Sementara itu, seorang lagi imam di masjid lain pula berkata, dia juga terkilan dengan tindakan yang disifatkan terburu-buru itu.
“Tengah elok-elok di masjid, tiba-tiba jadi kelam kabut dengan tindakan ini. Kebanyakan jemaah juga merasakan tidak puas hati dengan tindakan pemecatan tersebut,” beliau dipetik sebagai berkata.
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena