Friday, 18 January 2019

[Video M'sia pilih Mizuho, HSBC & Daiwa sebagai pengatur utama Bon Samurai] MB Johor dah dinasihat jangan lawat perairan - Wisma Putra.

Jumaat, 18 Januari 2019

MB Johor dah dinasihat jangan lawat perairan - Wisma Putra

Kementerian Luar berkata ia tidak berjaya untuk menghalang Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian daripada melawat pelabuhan Johor Bahru pada 9 Januari lepas dalam lawatan yang Singapura mendakwa Osman telah menceroboh perairan wilayahnya apabila membuat lawatan tersebut.
Wisma Putra telah berulang kali menghubungi pejabat menteri besar untuk menasihati beliau supaya tidak membuat perjalanan itu selepas dimaklumkan mengenai lawatan tersebut hanya pada 9 Januari tetapi pada masa itu, Osman sudahpun berada dalam sebuah kapal dan menuju ke pelabuhan tersebut, kata Wisma Putra dalam satu kenyataan.
Singapura mendakwa bahawa Osman telah menceroboh perairan wilayahnya dan mengemukakan bantahan melalui nota diplomatik kepada Wisma Putra bertarikh 11 Januari dan juga meminta penangguhan mesyuarat ke-14 Jawatankuasa Bersama peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijadualkan pada 14 Januari.
Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata sebaik dimaklumkan oleh sebuah agensi penguatkuasa Malaysia pada pagi 9 Januari mengenai lawatan Osman yang dirancang, para pegawai kementerian di bawah nasihat Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, segera dan berulang kali menghubungi pejabat menteri besar dan menyampaikan pesanan supaya tidak meneruskan lawatan tersebut.
Wisma Putra berkata, kementerian bimbang bahawa lawatan tersebut adalah tidak produktif selepas mesyuarat dua hala antara menteri luar Singapura dan Malaysia sehari sebelumnya telah membuahkan hasil yang positif lagi konstruktif.
Reda situasi
Pada 8 Januari, menteri luar dari kedua-dua negara bersetuju untuk menubuhkan kumpulan kerja yang akan mengkaji dan membincangkan hal-hal perundangan dan operasi untuk meredakan situasi dan menyediakan asas untuk perbincangan dan rundingan lanjut.
Kenyataan Wisma Putra hari ini adalah susulan kenyataan oleh Osman yang menjelaskan bahawa restu tidak rasmi telah diperoleh daripada Saifuddin dan timbalannya sebelum meneruskan lawatan yang dirancang ke Pelabuhan Johor Bahru di perairan wilayah Malaysia.
Osman juga dilaporkan menegaskan bahawa beliau tidak menceroboh perairan Singapura dan apa yang dilakukannya ialah memerhatikan pasukan keselamatan Malaysia menjalankan tugas mereka.
"Tanpa menghiraukan perkembangan baru-baru ini, kementerian ingin menumpukan usahanya kepada kumpulan kerja dan berharap untuk menjadi hos bagi mesyuarat pertama akhir bulan ini sebagai bukti komitmennya untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Singapura berdasarkan prinsip kesamaan dan saling menghormati," kata kenyataan Wisma Putra.
- Bernama
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena