Thursday, 10 January 2019

[Video "Pintu rumah diikat dgn tali rapia!" Saya tak mau jadi menteri umum projek] Sultan Ibrahim ditemani Tun M pandu kereta bernombor pendaftaran Proton 1 & Mediasi gagal, kes saman RM4j Yeo terhadap Jamal akan dibicara...Saman fitnah? Jamal, Jamal.

Khamis, 10 Januari 2019
Foto Pakatan Harapan Supporters.
Foto Pakatan Harapan Supporters.
TERKINI
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor Bharu dengan menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.
Sultan Ibrahim memandu sendiri kenderaan berwarna biru muda itu sambil ditemani Dr Mahathir yang duduk di kerusi penumpang hadapan diiringi pasukan keselamatan.
Kereta dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail pada tahun 1985.
Pertemuan antara kedua-dua mereka itu berlangsung selama kira-kira sejam setengah.

Mediasi gagal, kes saman RM4j Yeo terhadap Jamal akan dibicara


Saman fitnah yang difailkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin terhadap Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos akan dibicarakan April ini.
Hari ini peguam Yeo, Sankara Nair memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nik Hasmat Nik Mohamed bahawa tiada penyelesaian dicapai ketika proses mediasi kedua-dua pihak.
Susulan itu, Nik Hasmat menetapkan 21 Februari untuk pengurusan kes manakala 29 dan 30 April untuk perbicaraan.
Jamal diwakili peguamnya, Mohd Nasir Yusof.
Yeo memfailkan saman itu tahun lalu selepas Jamal mendakwa beliau menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) ketika menjadi Adun Damansara Utama.
Yeo berkata dakwaan Jamal itu telah mencemarkan reputasinya dan menuntut ganti rugi sebanyak RM4 juta. 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena