Saturday, 2 February 2019

[Video MEDIA AMERIKA RAMALKAN Azmin Ali sebagai PM ke 8] Maruah PAS yang kian terserlah.

Ahad, 3 Januari 2018
Image may contain: 1 person, text
TS.

Maruah PAS yang kian terserlah

 Saya hadir banyak kenduri kahwin di Terengganu semalam. Di sana saya mendengar perbualan hangat dan ditanya bertubi-tubi berkenaan berita hangat penarikan balik saman PAS ke atas Sarawak Report.
Ramai yang bertanya itu terdiri daripada anggota dan penyokong setia PAS yang menanti ketibaan April 2019. Mereka telah pun dimaklumkan oleh pimpinan mereka bahawa Sarawak Report akan didakwa kerana memfitnah PAS. Sebelum PRU ke14 pula penyokong PAS telah diberitahu mereka telah menang kes tersebut walaupun ia belum lagi bermula.
Pekara yang menggemparkan orang ramai ialah penyelesaian luar mahkamah yang dibuat adalah tanpa Sarawak Report perlu menarik balik tuduhan tersebut dan memohon maaf kepada PAS.
Lebih menggemparkan lagi adalah Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dengan megah menyatakan beliau berpuas hati dengan penyelesaian yang dicapai dan Sarawak Report tidak perlu menarik balik atau memadamkan artikel tersebut - yang menuduh PAS menerima RM90 juta daripada Umno - di lamannya. Artikel tersebut masih tersiar di laman untuk bacaan umum seluruh dunia.
Tambah menakjubkan lagi ini bermakna kandungan artikel tersebut bukanlah fitnah dan adalah benar. Di mana letaknya maruah PAS dalam isu ini?
Ramai bertanya di mana maruah PAS yang menarik balik kes ini dan membenarkan artikel tersebut terus disiarkan. Anggota dan penyokong PAS pula bertanya di mana RM3 juta yang dikutip daripada mereka, kononnya untuk kes saman malu itu?
Saman pun tidak, malu masih ditanggung apabila tuduhan PAS menerima RM90 juta dari Umno terus disiarkan.
Baru saja minta sumbangan
Di waktu rakyat mengalami masalah tekanan kos sara hidup, pengorbanan besar telah di lakukan oleh mereka yang memberi sumbangan sehingga mengumpul jumlah RM3 juta.
Hanya beberapa minggu lalu seorang naib presiden PAS telah merayu daripada ahlinyauntuk RM400,000 lagi bagi membiayai kes saman tersebut. Ketika itu musim permulaan sekolah dan pengorbanan besar telah mereka lakukan untuk mencukupkan permintaan sumbangan.
Sekarang mereka rasa diperdaya dan ingin penjelasan daripada pemimpin mereka. Mengapa minta sumbangan RM3 juta kalau saman itu tidak akan diteruskan?
Soalan yang berlegar adalah sama ada PAS memulakan saman ke atas Sarawak Report sebelum PRU ke-14 dahulu kerana cuba menutup cerita sebenar untuk membantu PAS dan Umno menghadapi PRU.
Adakah rayuan terbaru RM400,000 sebelum PRU Camerons Highlands juga untuk meraih simpati terhadap PAS dan rakannya dari Umno BN yang kononnya di fitnah oleh pihak asing dan kafir ?
Bukankah isu utama yang ditimbulkan PAS dan Umno di Cameron Highlands adalah isu Islam-Melayu bertembung dengan kafir-bukan Melayu?
Sekarang dengan menjelangnya tarikh 1 April 2019 - tarikh sepatutnya perbicaraan kes - yang terlalu dekat, ini mungkin peluang terakhir PAS menarik balek 'gertak' saman mereka.
Kalau kes diteruskan, segala rahsia dan tembelang wang dan hubungan PAS-Umno akan terbongkar. Adakah dengan menyelesaikannya di luar mahkamah, PAS cuba menutup isu sulit tersebut daripada didedah ke seluruh dunia di mahkamah luar negara?
Bagi Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown pula, mereka masih boleh terus menyiarkan cerita mereka di laman tanpa perlu memohon maaf apa-apa pun. Pada masa sama mereka tidak perlu belanja besar lagi untuk membayar peguam.
Yang untung dan rugi
Mereka untung dan menang besar apabila boleh mengekalkan tuduhan tanpa perlu memohon maaf.
PAS pula rugi dan tercalar maruahnya kerana apa yang mereka tuduh sebagai fitnah masih tersiar untuk dibaca seluruh dunia.
Tetapi yang paling rugi dan rasa diperdaya adalah anggota dan penyokong PAS yang berkorban harta membiayai RM3 juta kos guaman untuk kes yang mungkin sudah dirancang untuk ditarik balik, kerana risiko terbongkarnya kewangan PAS dan Umno terlalu tinggi.
Dengan rakaman suara didakwa berkaitan Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang mengakui PAS menerima wang Umno diakui tulen, peluang untuk parti itu menang sangat tipis.
Umno pula menjadi pihak paling gembira dan untung kerana telah berjaya memerangkap PAS dalam isu itu. Mereka juga untung kerana PAS telah membantu BN untuk menang di PRK Cameron Highlands baru-baru ini.
Anggota dan penyokong PAS pula terus rugi diperkudakan Umno. Mereka mengorbankan harta dan tenaga di Cameron Highlands dan nampaknya sekali lagi di Semenyih.
Adakah tindakan PAS memfailkan saman ke atas Sarawak Report dulu benar-benar kerana maruah, atau strategi sebelum PRU ke-14?
Kenapa PAS tidak benarkan isu itu ditentukan melalui perbicaraan di mahkamah?

RAJA BAHRIN SHAH ialah anggota Dewan Negara, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pengerusi PH Terenganu.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena